Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mitsubishi Anjur Cabaran Red Peak Tetapi Di Kuching

Suhana Veru

Kongsi melalui

The-Iconic-Mitsubishi-Red-Peak-Challenge.jpg

Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di negara ini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM),  bakal menganjurkan Red Peak Challenge di Farley Mall, Kuching pada 23 dan 24 Ogos 2025.

Acara ini memberi peluang kepada orang ramai yang berhasrat untuk merasai sendiri pemanduan Mitsubishi Triton di beberapa laluan mencabar seperti Red Peak Climb, cabaran mendaki cerun khas 45 darjah yang mempamerkan kuasa enjin Triton serta kawalan mendaki bukitnya.

Selain itu, para peserta juga berpeluang menguji sendiri kenderaan tersebut melalui halangan buatan yang direka menyerupai keadaan sebenar jalan mencabar.

Designed-to-showcase-Triton's-exceptional-grip-and-control-on-steep-inclines.jpg

Apa yang cukup menarik terdapat jugak ujian di Side Traverse Ramp iaitu cerun sisi 35 darjah untuk menunjukkan kekuatan casis dan kestabilan Triton apabila salah satu tayar terangkat.

Selain itu, anda juga berpeluang menguji Roller Ramp iaitu menguji keupayaan sistem Super Select 4WD-II dalam mengatasi situasi seakan kenderaan tersekat di ladang atau tapak binaan.

image.pngimage.png

Tidak ketinggalan, terdapat juga ujian Staircase Ramp  yang mana terdapat mod Rock dalam sistem 7 Drive Modes memastikan tunggangan lancar dan selesa.

image.pngimage.png

Bukan itu sahaja, para pengunjung yang melakukan pandu uji atau membuat tempahan kenderaan sepanjang acara berpeluang menyertai cabutan bertuah harian.

Hadiah menarik termasuk Naturehike Camping Wagon bernilai RM500, Mitsubishi Poler Chair (RM300) dan kipas mudah alih USB Mitsubishi (RM200).

image.png

Bagi yang tidak tahu Mitsubishi Triton Athlete ditawarkan pada harga bermula RM159,980 (atas jalan tanpa insurans, Semenanjung Malaysia).

Dalam perkembangan lain, MMM turut menawarkan beberapa program eksklusif untuk pelanggan sempena ulang tahun ke-20.

Antaranya Fantastic 5 dengan manfaat sehingga RM30,000, SME Gear Up Program untuk pemilik perniagaan, serta Triton Switch Up Program yang membolehkan pemilik Triton sedia ada menaik taraf ke model baharu tanpa bayaran pendahuluan.



Gallery

Tag:

Mitsubishi Motors Malaysia
Mitsubishi Triton
Mitsubishi Triton Athlete
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tak Menang Tangan! Mitsubishi Hantar 900 Unit Xforce Kepada Pelanggan April Ini

Laku Keras! Mitsubishi Xforce Buktikan Siapa 'Raja' SUV Kompak Terbaharu.

29-04-2026
Berita Auto

Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!

08-04-2026
Berita Auto

Ini Dia Mitsubishi Pajero Gen Kelima, Masih Samar

Imej teaser Mitsubishi Pajero disiarkan, baru-baru ini.

07-01-2026
Kereta Baru

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.

05-01-2026
Berita Auto

Mitsubishi bersama Millennium Autohaus Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Kajang

MMM bersama Millennium Autohaus telah membuka pusat 3S terbaharu mereka di Kajang, Selangor, baru-baru ini.

28-04-2025
Berita Auto

Mitsubishi bersama MN Wheels Buka Lagi Pusat 3S Di Selangor

Pusat 3S itu terletak di No 4, Jalan Gangsa, Kawasan Perindustrian Teluk Panglima Garang, 42500 Teluk Panglima Garang, Selangor.

22-04-2025
Berita Auto

Mitsubishi Anjur Drive Your Ambition, Ada Test Drive Triton

Acara Drive Your Ambition akan diadakan di ParkCity Eastwood, Miri, Sarawak.

13-01-2025
Berita Auto

KLIMS 2024: Mitsubishi Motors Tayang Aksesori Asli Untuk Triton, Xpander Facelift

MMM mempamerkan barisan aksesori tulen untuk dua model baharunya ,Triton generasi baharu dan Xpander.facelift di KLIMS 2024.

05-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026