Link Copiedcheck_circle
Global

Neta Auto "Berjaya" Hadapi Krisis Kewangan, Mula Bayar Gaji Pekerja

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Neta Auto telah memulakan semula operasi pengeluarannya di China selain membuat pembayaran gaji penuh kepada pekerjanya di kilangnya di Tongxiang pada Julai  lalu, lapor laman berita, CarNewsChina. 

Perkembangan terbaharu ini menunjukkan syarikat tersebut telah pulih daripada  krisis kewangan.

Krisis kewangan yang dialaminya menyebabkan  operasi pengeluaran dihentikan selama berbulan-bulan, manakala ribuan pekerja diberhentikan.

Bagaimanapun, keadaan semakin beransur pulih apabila satu notis awam yang dikeluarkan oleh syarikat induk Neta, Hozon New Energy, menyatakan pihaknya sedang mencari pelabur strategik untuk mengambil bahagian dalam proses penstrukturan semulanya, di mana ia sebelum ini telah membuka saluran pra-pendaftaran melalui platform pelupusan aset Alibaba di China.

image.png

Sehingga kini, sebanyak 47 pelabur dilaporkan telah menghantar pernyataan minat terhadap program penstrukturan ini, di mana setiap pihak dikehendaki menyerahkan deposit sebanyak CNY 50 juta (RM29.444 juta) sebelum September 2025.

Sebelum pendedahan ini, Neta Auto secara rasmi telah memasuki prosiding penyusunan semula kebankrapan pada Jun 2025.

Seperti mana diketahui umum, Neta menghadapi masalah aliran tunai, tunggakan gaji pekerja sejak November 2024, dan telah memberhentikan pekerja secara besar-besaran sehingga mengurangkan hampir separuh daripada tenaga kerjanya.

image.png

Operasi pengeluaran turut dihentikan akibat hutang yang semakin meningkat kepada pembekal, dengan jumlah dilaporkan melebihi  6 bilion yuan (RM3.533 bilion).

Namun kini,  Neta Auto telah mula   menyambung semula pembayaran gaji penuh di fasiliti pengeluaran utamanya di Tongxiang.

Seiring dengan pengeluaran semula, syarikat itu turut memulakan usaha untuk mengaktifkan semula rangkaian jualan dan perkhidmatannya, termasuk menyediakan bahan sokongan dan bantuan kewangan kepada cawangan yang masih bersedia untuk bekerjasama.

Dengan cabaran operasi dan pengeluaran ini, serta prosiding kebankrapan yang sedang berlangsung, jualan tahunan kenderaan Neta Auto telah merosot dengan ketara kebelakangan ini.

Daripada 152,000 unit pada tahun 2022, pembuat kereta itu hanya berjaya menghantar 64,549 unit pada tahun 2024, dengan jumlah kerugian terkumpul kini mencecah CNY 18.3 bilion (RM10.776 bilion), menurut CarNewsChina.

image.pngimage.png

Walaupun fasa pemulihan ini kelihatan seperti berita baik buat Neta Auto, ia masih dianggap sebagai peringkat awal dalam keseluruhan proses pemulihan syarikat tersebut, kerana masa depannya masih bergantung kepada kejayaan penstrukturan semula, pelaburan tambahan, dan perubahan dalam tadbir urus syarikat.



Gallery

Tag:

Neta Auto China
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026