Link Copiedcheck_circle
Global

Prestasi Chery Melonjak Segenap Aspek – NEV Meningkat Hampir 50 Peratus

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Photo-1-(Square)---11.8.2025.jpgCherySalesJuly2025.jpg


Chery Group mencatat prestasi memberangsangkan pada bulan Julai dengan jualan sebanyak 224,439 unit kenderaan, meningkat 14.7% berbanding tahun sebelumnya. Daripada jumlah ini, kenderaan tenaga baharu (NEV) mencatat lonjakan terbesar sebanyak 44.1%, dengan jualan mencecah 65,357 unit kenderaan. Eksport pula melonjak 31.9% kepada 119,090 unit, mengukuhkan kedudukan Chery sebagai pengeksport automotif nombor satu China.


Strategi Pembangunan yang Mantap


image-(48).jpg


Pencapaian ini berjaya dibuat dengan "Empat Strategi Pembangunan" syarikat yang meliputi pematuhan peraturan, pembangunan produk mengikut pasaran, peningkatan daya saing dan pembezaan pasaran. Pendekatan ini memperkukuh penembusan Chery dalam pasaran luar negara.


Di Brazil, jualan bulanan Chery kini melebihi 6,000 unit, manakala di Australia kekal sekitar 3,000 unit. Sementara itu di Malaysia, Chery merekod penghantaran lebih 2,600 unit pada Julai, dedah data.gov.my. Jumlah ini hampir menyamai Australia walaupun pasaran negara kita jauh lebih kecil.


Prestasi Jualan Daripada Januari-Julai


Sehingga Julai, jumlah jualan terkumpul Chery mencapai 1,484,563 unit, naik 14.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Eksport meningkat kepada 669,360 unit, sementara jualan NEV melonjak 87.7% kepada 424,737 unit. Kini, pangkalan pelanggan global Chery melebihi 17.18 juta, termasuk lebih 5.17 juta pemilik di luar China.


Baca: Chery Kini Syarikat Automotif China Pertama Capai Eksport 5 Juta Unit, Lebih 17 Juta Pengguna


Tersenarai Dalam Fortune


Pada Julai, Chery menjadi pengeluar automotif yang paling pesat menaik dalam senarai Fortune Global 500 dan Fortune China 500, berada di tangga ke-233 dunia dan ke-59 di China, naik dari kedudukan 385 dan 100 pada tahun 2024. Jenama ini turut mengukir sejarah sebagai pengeluar automotif China pertama yang telah mencapai jumlah eksport keseluruhan melebihi lima juta kenderaan.


Teknologi Moden & Keselamatan Diutamakan


500844010_1300461158753674_5058535985329542152_n.jpgSeven-Vehicle-Vertical-Stack-Challenge.jpg


Pertumbuhan jenama ini disokong oleh kemajuan dalam reka bentuk platform, enjin hibrid, sistem pemanduan elektrik, teknologi bateri serta antara muka pintar, termasuk teknologi Chery Super Hybrid (CSH) yang dibangunkan sendiri.


Chery-Tiggo8-PHEV-CSH-GlobalSafetyChallenge-Indonesia-5-full_normal.jpg


Chery turut berjaya menyerlahkan teknologi keselamatannya melalui program Global Safety Challenge, yang melibatkan ujian ekstrem di lima negara. Program bermula di China dengan ujian gulingan (spiral rollover), perlanggaran dua kenderaan dan susunan bertindan tujuh kenderaan. Di Indonesia, bateri CSH direndam dalam air laut selama 54 jam. Sementara itu di Mexico, bateri model CSH membuktikan ketahanannya dalam ujian sagat. Cabaran ini akan disempurnakan di Brazil dan Afrika Selatan menjelang akhir tahun.

Baca: Tiggo 7 PHEV CSH Terbukti Lasak, Lulus Ujian Sagat Bateri Di Mexico

Tag:

Chery
Chery NEV
Prestasi Jualan
Prestasi Jualan Chery
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-02-2026
Global

06-02-2026
Global

29-01-2026
Global

26-01-2026
Berita Auto

09-01-2026
Global

02-01-2026
Global

26-12-2025
EV

23-12-2025

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026