Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Selenggara Sistem Aerotren Hanya Waktu Malam, Bukannya Waktu Puncak

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalankan kerja penyelenggaraan malam yang dijadualkan pada sistem Aerotren selama dua minggu bermula 18 Ogos.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata, kerja penyelenggaraan itu akan dijalankan pada bukan waktu puncak iaitu dari 12 tengah malam hingga 5 pagi setiap hari bagi mengurangkan impak kepada penumpang.

"Sepanjang tempoh ini, perkhidmatan Aerotren akan dihentikan sementara dan bas ulang-alik di kawasan penerbangan akan disediakan bagi memastikan ketersambungan lancar di antara bangunan terminal utama dengan bangunan satelit," menurut kenyataan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Urusan MAHB, Datuk Mohd Izani Ghani, berkata MAHB sedang mengambil langkah proaktif dengan memperhalusi sistem Aerotren berdasarkan data masa nyata dan maklumat berterusan yang dikumpul sejak pelancarannya.

Kerja yang dijadualkan ini penting bagi memastikan sistem beroperasi dengan responsif yang optimum, keselamatan dan kebolehpercayaan jangka panjang," katanya.

Beliau berkata, KLIA juga sedang melabur dalam penambahbaikan teknikal lain seperti loji pencucian kenderaan automatik (AVWP) dengan AVWP baharu akan dioperasikan di atas landasan.

Jelasnya, pengoperasian AVWP baharu ini menandakan yang pertama untuk Aerotren KLIA bagi menggantikan kaedah pencucian manual sebelum ini.

"Penambahbaikan berterusan ini mencerminkan pendekatan kami yang proaktif dalam penyelenggaraan infrastruktur dan kualiti perkhidmatan," katanya.

Sejak operasi bermula pada 1 Julai, Aerotren mengangkut lebih dua juta penumpang, mencatatkan lebih 1,100 jam perkhidmatan dan melengkapkan 18,800 perjalanan. 






Gallery

Tag:

Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB)
KLIA
AEROTREN
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Aerotrain Kerap Rosak, SPRM Akan Siasat Projek Aerotrain

Gara-gara perkhidmatan Aerotrain kerap rosak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan projek Aerotrain.

29-10-2025
Berita Auto

Dah 20 Kali Aerotrain Rosak, Kali Ini Sebab Masalah Sistem Bekalan Kuasa

Malaysia Airports Holdings Berhad mengesahkan masalah pada sistem bekalan kuasa telah dikenal pasti sebagai punca gangguan perkhidmatan Aerotrain, semalam.

29-10-2025
Berita Auto

Aerotrain Rosak Lagi, MOT Arah APAD Buka Kertas Siasatan Terhadap MAHB

MOT sudah mengarahkan APAD membuka kertas siasatan terhadap MAHB susulan insiden gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

28-10-2025
Berita Auto

Aerotrain KLIA Rosak Lagi, Penumpang Terpaksa Berjalan Kaki Dalam Gelap Dengan Bagasi

Perkhidmatan Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali lagi ‘buat masalah’ apabila dilaporkan mengalami kerosakan teknikal pada awal pagi tadi.

28-10-2025
Berita Auto

Punca Aerotrain Terjejas Disiasat, MAHB Bekerjasama Dengan Pelbagai Pihak

MAHB bekerjasama dengan MOT dan APAD bagi menyemak punca gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

22-10-2025
Berita Auto

Gangguan Bekalan Elektrik, Menteri Minta MAHB Reka Bentuk Semula Bekalan Elektrik Di KLIA 2

Gara-gara gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Menteri Pengangkutan menggesa Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) untuk reka bentuk semula punca kuasa bekalan elektrik di lapangan tersebut.

18-09-2025
Berita Auto

Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal

Aerotrain KLIA tergendala lagi, MAHB mohon maaf.

05-08-2025
Berita Auto

Rupanya Aerotrain Tergendala Disebabkan Isu Teknikal

MoT menafikan gangguan perkhidmatan Aerotrain di KLIA Sepang berpunca akibat kegagalan sistem perkhidmatan berkenaan.

07-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026