Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Syarikat Upah Warga Asing Pandu Kenderaan Perdagangan, Ramai Tiada Lesen GDL

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan sebanyak  17,347 kesalahan yang membabitkan pemandu kenderaan perdagangan warga asing  bagi tempoh 2021 hingga Julai lepas.

Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, bagi kesalahan tiada Lesen Kenderaan Barangan (GDL) mencatatkan 16,238 kes, tiada Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (443 kes) dan lebih muatan (666 kes).

Menurutnya, jumlah kesalahan terbabit mencatatkan peningkatan setiap tahun iaitu 2021 dengan 2,193 kes, 2022 (2,839 kes), 2023 (4,323 kes), 2024 (5,259 kes) dan tahun ini setakat Julai sudah merekodkan 2,733 kes.

image.png

"Kita telah kenal pasti kira-kira 10 syarikat kenderaan perdagangan yang menggajikan pekerja asing secara tidak sah.

“Berdasarkan peraturan JPJ, warga asing tidak dibenarkan memiliki GDL, PSV dan menjadi satu kesalahan terhadap syarikat dan pengendali berlesen yang menggajikan warga asing serta memandu mana-mana kenderaan perdagangan,” katanya.

Untuk itu, syarikat dan pengendali berlesen diberi amaran tegas  sekiranya menggajikan warga asing untuk memandu dan menyediakan perkhidmatan melibatkan kenderaan perdagangan.

Difahamkan, JPJ akan melucuthakkan kenderaan milik syarikat dan pengendali berlesen melibatkan kenderaan barangan (lori), kenderaan perkhidmatan awam (KPA), dan bas persiaran, berkuatkuasa semalam.

Sehubungan itu,  JPJ menyeru semua syarikat dan pengendali berlesen dalam industri pengangkutan untuk sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan memastikan setiap pekerja yang diambil memiliki dokumen dan kelayakan yang sah.


Gallery

Tag:

JPJ
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko

2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.

26-05-2026
Berita Auto

Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan

Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.

26-05-2026
Berita Auto

Jangan Risau, Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan Online Sudah Beroperasi Semula

Berita Baik: Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan Secara Online Kini Boleh Digunakan Semula.

25-05-2026
Berita Auto

Kes Tukar Hak Milik Tanpa Pengetahuan Pemilik, JPJ Tangguh Urusan Online

Urusan Tukar Nama Kenderaan Kini Wajib Di Kaunter JPJ.

25-05-2026
Berita Auto

Beli Kereta Mewah Mampu, Tapi Liat Bayar Cukai Jalan

Mampu Beli Porsche, Cukai Jalan Pula ‘Sangkut’ Sejak 2020! Alasan Pemilik Kereta Mewah Bikin JPJ Geleng Kepala.

20-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto

SAH: LRT3 Laluan Shah Alam Bakal Beroperasi

Penantian Berakhir: LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Akhir Bulan Ini.

17-06-2026
Berita Auto

Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres

Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.

16-06-2026
Berita Auto
Berita Auto

Bukan Sekadar Lesen Percuma, Ini Misi Menyelamatkan Nyawa Anak Muda di Jalan Raya

Anak Muda Yong Peng Tersenyum Lebar! Terima Manfaat Lesen Percuma MyLesen B2.

16-06-2026
Berita Auto

Kadar Tambang ECRL Tular Cuma Spekulasi, Harga Rasmi Belum Diumum – MRL

Jangan Percaya 'Kadar Tambang ECRL' Tular, MRL Sahkan Belum Ada Keputusan Rasmi.

16-06-2026
Berita Auto

Sejarah Berulang: BYD ATTO 3 2026 Raih Lebih 1,000 Tempahan Dalam 10 Hari

Fenomena BYD ATTO 3 (2026): 10 Hari, 1,000 Tempahan.

15-06-2026
Berita Auto

Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"

Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah

15-06-2026
Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026