Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BUDI95 Diuji: Ini Cara Termudah, Hanya Tambah 10 Saat Daripada Biasa

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Budi95-RON95-Tested-Caricarz-(14).jpg


Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) secara rasmi bermula hari ini, memperluaskan subsidi petrol RON95 kepada kira-kira 16 juta rakyat Malaysia selepas fasa percubaan dibuat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR). 


Berdasarkan pengalaman golongan yang telah menerima subsidi ini lebih awal, prosesnya cukup mudah. Salah satu cara yang paling ringkas adalah pembayaran dengan kad kredit atau debit secara terus di pam minyak tanpa perlu memuat turun aplikasi, membayar secara tunai atau beratur di kaunter.


Langkah Mudah Mengaktifkan Subsidi


Budi95-RON95-Tested-Caricarz-(1).jpg

Budi95-RON95-Tested-Caricarz-(15)2.jpgBudi95-RON95-Tested-Caricarz-(13)3.jpg


Langkah pertama dan yang paling penting untuk mendapatkan subsidi adalah dengan memasukkan MyKad pada alat pengimpas yang terdapat di pam. Hanya selepas beberapa saat, pengguna boleh memilih untuk membeli petrol berdasarkan jumlah ringgit (RM) atau liter, memberikan pengguna kawalan yang maksimum. Kemudian, pengguna hanya perlu mengimpas kad pembayaran untuk memulakan pengisian minyak.


Budi95-RON95-Tested-Caricarz-(7)4.jpgBudi95-RON95-Tested-Caricarz-(9)5.jpg


Setelah selesai mengisi minyak, pam akan memaparkan soalan sama ada ingin mencetak resit atau tidak. Untuk tujuan artikel ini, kami meminta cetakan resit bagi melihat perincian untuk pengisian RON95 yang telah dibuat. 


Budi95-RON95-Tested-Caricarz-(11)7.jpgBudi95-RON95-Tested-Caricarz-(10)8.jpg

Budi95-RON95-Tested-Caricarz-(10)9.jpg


Resit ini memaparkan secara terperinci jumlah petrol yang digunakan daripada kuota 300 liter sebulan pada harga RM1.99 seliter, serta baki kuota yang tinggal. Maklumat yang sama juga dipaparkan secara automatik dalam aplikasi Touch ’n Go eWallet, memudahkan pengguna untuk membuat semakan dari masa ke masa. 


Pengalaman Pengisian Sama Seperti Biasa


Secara keseluruhannya, pengalaman mengisi minyak dengan manfaat BUDI95 ini hampir sama sahaja seperti pengisian biasa, dengan tambahan masa kira-kira 10 saat untuk pengesahan MyKad.  


Pelbagai Pilihan Pembayaran Disediakan


Selain kaedah secara terus di pam minyak, pengguna juga boleh membuat pengesahan di kaunter (untuk bayaran tunai), melalui aplikasi TnG atau aplikasi pengeluar minyak seperti Setel, bergantung kepada pilihan masing-masing.


Nota tambahan: Proses mungkin berbeza mengikut syarikat stesen minyak, kerana sesetengah stesen meminta pengesahan kad pembayaran terlebih dahulu sebelum MyKad disahkan.

Tag:

BUDI Madani
BUDI95
MyKad RON95
Subsidi RON95
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tahniah Rakyat: JPJ Kelantan Kutip RM9 Juta Saman

Tahniah kepada rakyat Kelantan kerana melunaskan bayaran saman memandangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip saman sebanyak RM9 juta sepanjang tahun lalu.

02-01-2026
Berita Auto

MOF Umum Jadual Pemberian Tunai RM200/Bulan Untuk Pemilik Kenderaan Diesel

Kementerian Kewangan (MOF) secara rasmi telah mengumumkan jadual permohonan dan penyaluran bantuan tunai BUDI Madani Diesel RM200 bagi tahun 2026. I

31-12-2025
Berita Auto

Kerajaan Dengar Rintihan Pemandu E-Hailing, Nantikan Pengumuman Kuota Tambahan BUDI95

Kerajaan dijangka bakal mengumumkan penambahbaikan terhadap kelayakan subsidi petrol RON95 di bawah program BUDI MADANI (BUDI95) bagi pemandu e-hailing dalam tempoh terdekat.

03-11-2025
Berita Auto

Subsidi Petrol BUDI95 Kekal 300 Liter Sebulan, Tiada Pengurangan Buat Masa Ini

Khabar angin mengenai kemungkinan kerajaan mengurangkan had kelayakan subsidi petrol RON95 di bawah program Budi Madani (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tidak benar.

28-10-2025
Berita Auto

Budi Madani Diesel Jimatkan Perbelanjaan Kerajaan Sebanyak RM5 Bilion – Untuk Rakyat & Pembangunan

Jumlah penjimatan yang berjaya dicapai kerajaan Malaysia mencecah kira-kira RM5 bilion setahun.

24-10-2025
Berita Auto

Pemegang Lesen Memandu Singapura Boleh Mohon Subsidi BUDI95 – Ini Syaratnya...

Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan laman web khas hari ini bagi memudahkan rakyat Malaysia.

16-10-2025
Berita Auto

Subsidi Diesel Ditarik: Apa Kata Anda?

Apa pendapat anda, cukupkah bantuan RM200 untuk kegunaan sebulan.

10-06-2024
Berita Auto

Subsidi Diesel Tamat, Harga Diesel Naik RM1.20

Harga runcit diesel RM3.35 seliter mulai tengah malam ini.

09-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026