- Berita
- Berita Auto
- BUDI95: JPJ Rekod Peningkatan 53% Pembaharuan Lesen Memandu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan peningkatan ketara sebanyak 53 peratus dalam transaksi pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) di seluruh negara.
Angka itu dlihat meningkat susulan pengumuman subsidi bersasar petrol Budi MADANI RON95 (BUDI95) oleh kerajaan sejak 22 September lalu.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, purata harian pembaharuan CDL sebelum pengumuman itu adalah kira-kira 17,000 transaksi, namun melonjak kepada 26,000 transaksi sehari selepas tarikh berkenaan.
Setakat 26 September, negeri-negeri yang bercuti hujung minggu pada hari Jumaat iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu telah membuka kaunter operasi pada hari cuti mereka. Jumlah urusan pembaharuan lesen memandu yang tinggi direkodkan berbanding negeri lain.
“Peningkatan ini menunjukkan bahawa inisiatif pembukaan kaunter pada hari cuti memberi impak yang sangat positif dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat serta masyarakat setempat,” katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/