Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BUDI95: Tidak Perbaharui Lesen CDL Lebih 3 Tahun, Kena Duduk Semula Ujian Memandu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, 2.4 juta rakyat Malaysia tidak layak menikmati subsidi petrol RON95 menerusi program BUDI MADANI RON95 kerana gagal memperbaharui Lesen Memandu Kompeten (CDL) manakala 1.4 juta daripada jumlah tersebut didapati memiliki lesen CDL tidak aktif melebihi 10 tahun.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), daripada kira-kira 15 juta lesen yang masih aktif, terdapat 925,421 yang tamat tempoh lesennya tidak melebihi tiga tahun.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 551,688 lesen tamat tempoh kurang setahun, 219,092 (antara satu hingga dua tahun), manakala 154,641 (antara dua hingga tiga tahun).

image.png

"Golongan ini diseru supaya segera memperbaharui lesen memandu mereka, khususnya 154,641 individu yang hampir mencapai had tiga tahun.

"Jika tempoh melebihi tiga tahun, mereka bukan sahaja hilang kelayakan subsidi BUDI95 kerana sistem Kementerian Kewangan akan menyekat secara automatik, malah perlu menduduki semula ujian memandu bahagian dua dan tiga," katanya dalam sidang media, di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, sejak pengumuman berkaitan BUDI95 pada 22 September lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan sebanyak 26,991 transaksi pembaharuan CDL menerusi pelbagai saluran termasuk aplikasi MyJPJ, MySingCard, kios, dan kaunter JPJ di seluruh negara.

"Orang ramai diingatkan supaya menyemak tarikh tamat tempoh lesen masing-masing dan memperbaharui segera.

Gallery

Tag:

Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI)
CDL
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Harga Minyak Turun Lagi, RON97 Turun 3 Sen

Harga runcit RON97 turun sebanyak tiga sen kepada RM3.18 seliter bermula esok hingga 15 Oktober 2025.

08-10-2025
Berita Auto

Permohonan Subsidi RM200 Diesel Dibuka Untuk Pemilik Kenderaan Diesel Persendirian, Petani & Pekebun Kecil

Individu pemilik kenderaan diesel persendirian, petani kecil, dan pekebun kecil komoditi telah boleh mula membuat permohonan bagi Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI).

28-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Musim Perayaan, Ini Tarikh Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya

Kenapa kenderaan barangan diharamkan berada di jalan raya sempena musim perayaan?

05-02-2026
Berita Auto

Kempen #MacamBaharu: Puspakom Perluas Rangkaian, Tingkat Kapasiti, Guna AI

Puspakom kini sedang giat melaksanakan pelan transformasi untuk menaik taraf dan memperluaskan rangkaian pemeriksaan kenderaan di seluruh negara.

05-02-2026
Berita Auto

Lagi Nahas Lebuhraya PLUS, 1 Bas Ekspres, 2 Lori, Salam Takziah

Seorang pemandu lori maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di (PLUS) arah Selatan, di Hulu Selangor.

05-02-2026
Berita Auto

Harap Maklum, Harga Diesel Naik Hari Ini

Harga runcit diesel di Semenanjung meningkat empat sen kepada RM2.96 seliter.

05-02-2026
Berita Auto

Penjual Roti Bergerak Disaman Atas Pelbagai Saman Termasuk Ubah Suai Kenderaan

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor mengeluarkan saman ke atas seorang penjual roti bergerak atas pelbagai kesalahan di Jalan Sungai Keramat, Klang semalam.

04-02-2026
Berita Auto

Dalam Bulan Jan 2026 Sahaja, Proton Jual 19,833 Kereta, Paling Ramai Beli Proton Saga

Sebanyak 19,833 unit kereta pada Januari sahaja sekali gus dikatakan antara, jualan bulanan tertinggi yang pernah dicatatkan PROTON dalam tempoh 15 tahun.

04-02-2026
Berita Auto

Ini CEO Baharu Mercedes-Benz Malaysia Yang Bakal 'Tapau' 4 Pasaran Serentak

Mercedes-Benz Malaysia (MBM), secara rasmi mengumumkan pelantikan Martin Schulz sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Februari 2026.

04-02-2026
Berita Auto

Lari Daripada Polis Sebab Ada Dadah, Nyawa Pula Melayang!

Seorang wanita disyaki pengedar dadah maut, manakala rakannya parah selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas di hadapan Pejabat Tanah, Jalan Suka Menanti, Kedah.

04-02-2026