Link Copiedcheck_circle
Global

GWM Tank 400 Versi Terbaru Didedahkan Di China – Ada Varian Hibrid

Sofea Najmi

Kongsi melalui

008h9rd6gy1i5mhcqvdmuj31jk3c8e82.jpg


Pengeluar kenderaan China, Great Wall Motor (GWM), memperkenalkan versi baharu SUV lasak Tank 400 dengan teknologi enjin hibrid di China minggu ini. Gambar serta maklumat awal mengenai model ini mula tersebar di alam maya.


Model Tank 400 yang dikemaskini ini mendapat sentuhan reka bentuk baharu yang lebih menarik, termasuk varian terbaru Hi4-Z yang menggunakan enjin turbo 2.0 liter bersama dua motor elektrik. Versi terbaru ini juga hadir dengan sistem bantuan pemanduan tercanggih GWM, pakej ADAS Coffee Pilot Ultra generasi ketiga.


GWM Tank 400 baharu memiliki panjang 4,964 mm, tinggi 1,905 mm, lebar 1,970 mm dan jarak roda 2,850 mm. Model ini 21 mm lebih pendek daripada versi sebelumnya tetapi 10 mm lebih lebar dan 5 mm lebih tinggi, membuatkannya kelihatan lebih gah. 


Rekaan Lebih Agresif


1000026781-800x502.jpg


Dari segi visual, Tank 400 terus mengekalkan gaya ranggi berbentuk petak. Bahagian depan menampilkan gril dengan dua bar krom horizontal, serta lampu depan berbentuk poligon. Bampar depan direka dengan garis lurus dan aksen hitam, manakala lengkungan roda diperbesar membuatkannya kelihatan agresif.


1000026779-1536x1214.jpg


Bahagian belakang masih mengekalkan rekaan sama dengan tayar ganti dipasang pada pintu but, namun kini tanpa penutup. Kedudukan logo-logo pada sudut ini juga telah diubah untuk tampil lebih kemas dan moden.


1000026778-800x450.jpg


Ruang dalaman pula secara keseluruhannya masih mengekalkan rekabentuk model Tank 400 sedia ada dengan panel instrumen LCD 12.3 inci, skrin sentuh infotainmen 16.2 inci, peti sejuk dan pelbagai kemudahan moden yang lain.


Pilihan Trenkuasa 


Dua pilihan trenkuasa ditawarkan iaitu Hi4-Z dan Hi4-T. Varian Hi4-Z menggunakan enjin 2.0 liter 4 silinder turbo dengan dua motor elektrik serta bateri 59.05 kWj, kuasa gabungan 865 hp dan tork 1,195 Nm disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik DHT tiga kelajuan. Varian ini mampu bergerak sejauh 200 km secara elektrik sepenuhnya.


Varian Hi4-T pula hadir dengan enjin petrol turbo 2.0 liter, satu motor elektrik dan bateri lithium ternari 37.1 kWj membentuk sistem hibrid plug-in (PHEV), menghasilkan 402 hp dan tork 750 Nm serta jarak pemanduan elektrik sehingga 105 km. Purata penggunaan bahan api dikatakan serendah 8.4 liter per 100 km.


Teknologi Keselamatan Canggih NOA


1000026786-800x533.jpg


Seperti yang disebut di awal artikel, versi terbaru ini dilengkapi teknologi ADAS Coffee Pilot Ultra yang menyokong fungsi Navigate on Autopilot (NOA) di bandar dan lebuh raya. Sistem ini menggunakan sensor LiDAR yang terdapat pada bahagian bumbung dan kamera yang terletak di bahagian sisi dan belakang.


Sebagai langkah keselamatan tambahan, GWM turut menambah lampu kecil berwarna biru pada lampu belakang. Lampu biru ini akan menyala sebagai isyarat kepada pemandu lain bahawa sistem NOA sedang diaktifkan.


Tarikh Pelancaran Rasmi


Setakat ini, tarikh pelancaran rasmi untuk pasaran China dan antarabangsa belum diumumkan, namun penjualan di China dijangka bermula tidak lama lagi.

1000026780-800x451.jpg

Tag:

GWM China
GWM Tank
GWM Tank 400
GWM Tank 400 Hi4-T
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

28-07-2025
Pandu Uji

10-05-2025
Kereta Baru

04-12-2024
Global
Global

27-05-2024
Kereta Baru

04-03-2024
Berita Auto

07-02-2024
Global

15-12-2023

Berita Terkini

Global

Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.

02-01-2026
Global

Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.

02-01-2026
Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Global

Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.

22-12-2025
Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025
Global

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025