Link Copiedcheck_circle
Global

Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, Kia Carnival Hi-Limousine 2026 yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan  Lexus LM.

Ia pertama kali  diperkenalkan pada model generasi semasa sebelum facelift pada 2020.

Varian Hi Limousine dilihat lebih menonjol berbanding Carnival biasa kerana ia dilengkapi dengan ciri-ciri premium serta bahagian bumbung tinggi yang menambah ruang kepala kabin serta menempatkan kelengkapan tambahan.

Dalam versi facelift 2026 ini, Carnival Hi Limousine menerima wajah baharu dengan lampu utama menegak bertingkat di sisi gril rekaan empat segi.

Menjengah bahagian belakangnya, kluster lampu belakang penuh lebar dari model Carnival facelift asas masih dikekalkan.

image.png

Bagi bahagian kabinnya, Kia menawarkan Carnival Hi Limousine dengan konfigurasi empat, tujuh atau sembilan tempat duduk dalam susun atur dua atau tiga baris. Varian paling mewah ialah versi Signature empat tempat duduk, yang hadir dengan kerusi kapten baris kedua lengkap fungsi urut.

Bagi kerusi baris kedua dalam varian Signature empat tempat duduk mempunyai sandaran boleh baring serta ruang khas menyimpan kasut.

Penumpang juga disediakan dengan skrin infotaimmen sebesar 21.5 inci yang dipasang di bumbung selain terdapat peti sejuk mini, meja lipat, penyangkut kot dan pelbagai lagi.

image.pngimage.png

Turut ditawarkan sebagai pilihan ialah sistem audio Bose 12 pembesar suara baharu.

Bagi versi facelift 2026 ini, Kia menambah baik Carnival Hi Limousine dengan karpet lantai lebih tebal corak jalur, langsir lipat dengan jahitan baharu, serta lampu suasana kabin dan lampu suasana ‘langit berbintang’ di bahagian bumbung tinggi.

image.pngimage.png

Keselesaan pemanduan turut ditambah baik, khususnya dalam varian Signature empat tempat duduk yang menerima penyerap hentak tambahan, pad lembut, serta kedudukan kerusi belakang lebih rendah. Semua ini melengkapi talaan suspensi serta penebat bunyi kabin yang telah dipertingkat pada Carnival facelift asas.

Dari segi kuasa, Kia menawarkan MPV mewah ini dengan pilihan trenkuasa hibrid dimana ia menggabungkan enjin petrol turbo 1.6L 4-silinder, motor elektrik serta bateri kompak. Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 242 hp dan 367 Nm.

Selain itu, terdapat juga enjin petrol V6 3.5L dengan kuasa sekitar 294 hp dan 360 Nm. Namun, enjin diesel turbo 2.2L 4-silinder ikonik Carnival tidak ditawarkan untuk varian Hi Limousine ini.

image.png

Sudah tentunya, semua ciri kemewahan tambahan ini datang dengan harga tersendiri. Di Korea, Kia Carnival Hi Limousine ditawarkan pada harga KRW63.27 juta (±RM192,061) bagi varian Noblessse sembilan tempat duduk dengan enjin V6.

image.pngimage.png

Bagaimanapun, harganya naik  sehingga KRW97.80 juta (±RM296,879) untuk varian flagship Signature hibrid empat tempat duduk.

Sebagai perbandingan, model Carnival biasa cuma berharga dari KRW36.36 juta (±RM110,373) sahaja.



Gallery

Tag:

Kia Hi Lomousine
Kia Carnival
Kia Carnival Hi Lomousine
MPV Carnival
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

15-01-2026
Kereta Baru

02-01-2026
Berita Auto

11-12-2025
Global

06-10-2025
Global

17-09-2025
Berita Auto
Global

18-07-2024
Berita Auto

24-06-2024

Berita Terkini

Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026