Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kastam Sita 32 Kereta Import Bernilai RM8.45 Juta, Semuanya Langgar Syarat Gudang Berlesen

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lagi kereta import disita!

Kali ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyita 32 unit kenderaan import pelbagai jenis bernilai lebih RM8.45 juta disyaki melanggar syarat gudang berlesen dalam operasi di sekitar Lembah Klang antara sejak Julai lalu.

Pengarah Kastam Kuala Lumpur, Wan Norizan Wan Daud, berkata semua kenderaan itu dikesan disimpan di dua gudang berlesen milik beberapa syarikat import kenderaan, masing-masing di Seksyen 85A, Jalan Pahang, Setapak dan Sungai Penchala, Damansara.

image.png

Rampasan dibuat menerusi Operasi Purple (Op Purple) dalam serbuan oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKDM WPKL), sepanjang tempoh berkenaan.

"Siasatan awal mendapati pemilik gudang berlesen gagal mematuhi syarat ditetapkan di bawah Seksyen 65(2) dan 65(5) Akta Kastam 1967 apabila menyimpan kenderaan itu melebihi tempoh 48 bulan yang ditetapkan.

"Pemeriksaan rapi menemukan 32 unit kenderaan import yang disyaki tidak berkastam dan melanggar syarat gudang berlesen.

image.png

"Nilai 32 kenderaan yang dirampas dan disita adalah RM3,075,500 manakala anggaran duti import dan cukai berjumlah RM5,376,627, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan RM8,452,127," katanya

Modus operanddikesan menyalahgunakan pengecualian duti yang dibenarkan di bawah Seksyen 4 Akta Kastam 1967 untuk menyimpan kenderaan di gudang tanpa melunaskan cukai.

"Kes berkenaan masih dalam siasatan mengikut Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan, pihak terbabit boleh dikenakan hukuman denda sehingga 20 kali nilai barang atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali," katanya


Gallery

Tag:

kereta import
Royal Malaysian Customs Department (JKDM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026