Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Paip Gas Bocor: Tapak ECRL Terpaksa Ditutup

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Polis menutup laluan utama Kerteh-Ranggon kepada semua kenderaan susulan kebocoran paip gas Petronas Berhad (PGB) di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, Kerteh, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.53 pagi yang melaporkan terdapat kebocoran paip gas jenis butane dalam bentuk gas mudah terbakar.

Lokasi kebocoran terletak kira-kira dua kilometer dari jalan utama dan tidak melibatkan kawasan perkampungan atau kediaman penduduk.

image.png

"Langkah awal pihak polis ialah menutup sepenuhnya kawasan kejadian daripada akses orang awam dan pekerja.

"Bekalan gas di saluran paip gas yang bocor juga telah diberhentikan dan ditutup untuk sementara hingga selesai kerja penyelenggaraan oleh kontraktor.

"Laluan utama Kerteh-Ranggon juga ditutup kepada semua kenderaan bagi tujuan keselamatan manakala Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) juga telah diaktifkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Buat masa ini, pihak berkuasa sedang memantau situasi dengan rapi dan orang awam dinasihatkan tidak menghampiri lokasi kejadian bagi mengelak insiden tidak diingini.

Selain itu, beliau berkata polis juga akan menyalurkan maklumat dari semasa ke semasa dan orang awam diminta mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan.


Gallery

Tag:

East Coast Rail Link (ECRL)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kadar Tambang ECRL Tular Cuma Spekulasi, Harga Rasmi Belum Diumum – MRL

Jangan Percaya 'Kadar Tambang ECRL' Tular, MRL Sahkan Belum Ada Keputusan Rasmi.

16-06-2026
Berita Auto

Pembangunan ECRL Semakin Rancak, Golden Tren Emu, E-Loco Sudah Tiba

Pembangunan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memasuki fasa baharu menerusi Majlis Peluncuran Khas Ketibaan Golden Tren Electric Multiple Unit (EMU) dan Electric Locomotive (E-Loco) di Stesen ECRL KotaSAS, Kuantan, Pahang, pagi tadi.

11-02-2026
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Kecurian Kabel ECRL, Mungkin Angkara Orang Dalam, - Polis

Kecurian kabel projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang semakin menjadi-jadi, berkemungkinan besar membabitkan orang dalam.

17-10-2025
Berita Auto

Projek ECRL Ke Rantau Panjang, Perlu Ada Kajian

Perbincangan mengenai cadangan sambungan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Rantau Panjang, Kelantan akan dibawa ke kabinet dalam tempoh terdekat ini.

20-08-2025
Berita Auto

SAH! Fasa 1 ECRL Siap Tepat Disember 2026

Jajaran ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak akan disiapkan menjelang Disember 2026.

07-08-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Terowong Genting 16.39km Diiktiraf Sebagai Terowong Rel Terpanjang di Asia Tenggara

Terowong Genting adalah terowong rel terpanjang di Asia Tenggara.

14-07-2025
Berita Auto

Kecurian Kabel ECRL: Polis Terima 22 Laporan

Polis menerima 22 laporan berkaitan kecurian termasuk kabel membabitkan kerugian RM300,000 di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu .

25-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026