Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Projek NCPR: Reka Bentuk Laluan Belum Dimuktamad

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kontraktor yang dilantik bagi pelaksanaan projek Lebuh Raya Lingkaran Pantai Utara (NCPR), Consortium Zenith Construction (CZC) kini sedang memuktamadkan reka bentuk terperinci projek berkenaan.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Negeri, Zairil Khir Johari berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada Projek Tiga Jalan Utama dan Terowong yang telah dianugerahkan pada tahun 2013.

Difahamkan, pembinaan lebuh raya sepanjang 10.61 kilometer itu melibatkan 8.41 kilometer laluan darat dan 2.2 kilometer jejambat pesisir laut yang menghubungkan Tanjong Bungah hingga ke Teluk Bahang.

”Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada tahun 2026 dan siap menjelang 2031.Apabila siap, masa perjalanan dari Tanjong Bungah ke Teluk Bahang akan berkurang daripada 30 hingga 45 minit pada waktu puncak kepada hanya tujuh minit,” katanya.

Terdahulu media melaporkan kerajaan Pulau Pinang meluluskan jajaran baharu projek NCPR dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang bagi mengurangkan masa perjalanan dan kesesakan lalu lintas di jalan sedia ada.

Untuk makluman, laluan NCPR akan bermula dari Jalan Tanjong Bungah berhampiran Masjid Terapung sebelum merentasi pesisir laut dan kembali ke laluan darat berdekatan Shamrock, seterusnya melalui Batu Ferringhi sehingga ke Teluk Bahang.


Gallery

Tag:

North Coast Paired Road (NCPR)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026