Link Copiedcheck_circle
EV

Belanjawan 2026: MAA Mohon Insentif Cukai EV Dilanjut Supaya Lebih Ramai Beli EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

 image.png

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menggesa kerajaan supaya melanjutkan  insentif cukai kenderaan elektrik bateri (BEV) dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hari ini.

Presidennya, Mohd Shamsor Mohd Zain, berkata, pihaknya mencadangkan agar insentif itu  dilanjutkan hingga ke tahun 2027 bagi BEV yang dimport sepenuhnya (CBU) dan sehingga 2030 untuk BEV yang dipasang tempatan (CKD).

"Bahagian pasaran BEV masih rendah, hanya 4.0 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) setakat Jun 2025, walaupun meningkat 91 peratus daripada tempoh yang sama pada 2024.

image.png

"Jadi, terdapat keperluan mendesak untuk meneruskan insentif sedia ada bagi mengekalkan momentum pertumbuhan kenderaan elektrik (EV)," katanya kepada Bernama.

Langkah itu dilihat penting kerana dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap teknologi EV, sekali gus mempercepatkan peralihan daripada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Difahamkan,  pemberian insentif bukan sahaja akan mengekalkan permintaan tetapi juga membantu mempercepatkan pembangunan infrastruktur pengecasan.

image.png

"Tempoh insentif yang lebih lama akan merangsang permintaan terhadap BEV dan mempercepatkan pembinaan stesen pengecas EV (EVCB) di seluruh negara yang setakat 31 Mac 2025, berjumlah 4,161," katanya sambil menambah kerajaan menyasarkan sebanyak 10,000 stesen pengecas menjelang 31 Disember tahun ini.

Menurutnya, pengeluar peralatan asli (OEM) China juga semakin aktif di Malaysia.

Beliau berpandangan dengan mengukuhkan keyakinan dalam kalangan OEM BEV, terutamanya dari China, mereka berkemungkinan besar akan terus kekal berada di sini dan melabur untuk membuka operasi CKD di Malaysia.

"Ini seterusnya boleh mewujudkan peluang pekerjaan, terutamanya untuk graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tempatan yang akan meneraju transformasi EV," katanya.

Bagi mempercepat pembangunan EV di negara ini, Mohd Shamsor berkata MAA telah mencadangkan pengurangan sebanyak 75 peratus di bawah skim Insentif Tersuai Baharu untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV) pemasangan tempatan, berkuat kuasa selama lebih dua tahun sehingga 2027.

"Menggalakkan HEV adalah pendekatan yang ideal untuk menghentikan pengeluaran kenderaan ICE konvensional secara berperingkat dan meningkatkan peralihan ke arah BEV," katanya.


Gallery

Tag:

BEV
Persatuan Automotif Malaysia (MAA)
Belanjawan 2026
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Dari Jan-Nov 2025, 5,360 Pengecas EV Sudah Dipasang Di Malaysia

Sepanjang Januari hingga November lalu, sebanyak 5,360 unit pengecas kereta elektrik (EV) awam sudah dipasang di Semenanjung Malaysia.

22-12-2025
Global

BMW Lakar Kejayaan Apabila Hasilkan xEV Yang Ke-3 Juta Dari Kilang Pengeluarannya

BMW melakar kejayaan terbaharu apabila menghasilkan xEV yang ke-3 juta di kilangnya yang terletak di Munich, Jerman baru-baru ini.

28-05-2025
EV

Tengku Zafrul Adakan Perbincangan Dengan Delegasi Tesla

Tengku Zafrul telah mengadakan pertemuan dengan delegasi Tesla Malaysia, semalam.

23-08-2024
EV

Ada Sebab Kenapa Aston Martin Ketepikan EV!

Aston Martin menangguhkan rancangannya untuk melancarkan EV mereka.

16-04-2024
Berita Auto

Ramai Buat Pinjaman 9 Tahun, Ramai Pilih MYVI?

Ramai yang nak pakai kereta, sebab itu sanggup memilih tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun.

10-03-2024
EV

Toyota Tidak Mahu Ketinggalan Dalam Pembangunan EV, Ini Rancangan Syarikat...

Toyota mempergiatkan lagi usaha untuk membangunkan kenderaan elektrik (EV).

14-06-2023
Berita Auto

Strategi Pelbagai Laluan Toyota, Lebih Realistik Untuk Capai Neutraliti Karbon?

UMW Toyota Motor (UMWT) dedah strategi pelbagai laluan yang dapat membantu Malaysia mencapai neutraliti karbon.

12-05-2023
EV

Maybank Tawar Pembiayaan Bersepadu Pertama EV, Hibrid

Malayan Banking Berhad (Maybank) telah mengumumkan penawaran pembiayaan kenderaan bersepadu pertama seumpamanya.

15-03-2023

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026