ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Buatan China, Atto 3 Bukan Calang-Calang

Suhana Veru

22-2-2023

Kongsi melalui


Untuk makluman pembaca, ini adalah kali kedua dalam seumur hidup penulis memegang kereta elektrik (EV) sepenuhnya!

Jika sebelum ini, penulis ada memandu kereta Mercedes-Benz EQA tetapi kali ini sebuah EV yang agak popular di Malaysia.

Tidak lain, tidak bukan kereta keluaran syarikat dari China yang bernama BYD. Di luar sana, jenama ini memang cukup gah kerana mereka adalah pengeluar EV terbesar di dunia selepas memintas Tesla dalam bulan Jun tahun lalu.


Kedatangannya ke pasaran tempatan menandakan EV bukannya hanya untuk orang kaya.

Anda sebenarnya silap besar!

Ini kerana kenderaan utiliti sukan Atto 3 sudah lama dinanti-nantikan rakyat Malaysia memandangkan ia adalah salah sebuah EV mampu milik.

Sedikit info mengenai Atto 3, Sime Darby Motors, cabang automotif Sime Darby Bhd telah dilantik sebagai pengedar eksklusif rasmi kenderaan elektrik penumpang (EV) BYD.

Jentera ini sudah pun dilancarkan secara rasmi pada Disember tahun lepas. 

Dikhabarkan sejurus ia dilancarkan, Pengarah Urusan bahagian jualan dan pengedaran Sime Darby Motors di Malaysia, Jeffrey Gan mengakui pihaknya telah menerima lebih 4,500 tempahan pandu uji

Apa tidaknya, Atto 3 adalah salah satu EV yang mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia ketika ini menyebabkan ramai yang mula usha.

Gambaran Keseluruhan


Dari segi sejarahnya, jenama BYD bermaksud "Build your Dream" atau 'Bina Impian Anda'.

Bermula dari luaran sehinggalah dalamannya, kesemua rekaannya adalah ilham daripada pereka automotif terkenal Wolfgang Egger.

Beliau menyempurnakan jentera ini dengan pelbagai ciri inovatif di dalam kereta. 

Nilai estetikanya membuatkan rekaannya menjadikannya lebih menarik kepada para pembeli yang mahu memenuhi matlamat mesra alam di samping mengekalkan gaya professional dan moden.

Saya sendiri tidak dapat menafikan betapa cantiknya rekaan Atto 3 ini sehingga membuatkan saya terkesima seketika selepas rakan sekerja saya, Thoriq Azmi menyerahkan kuncinya di pejabat kami yang terletak di Serdang Raya.

Sebelum terlupa, Atto 3 ini dikenali sebagai Yuan Plus di China.

Sedikit maklumat mengenai Atto 3, Atto 3 hadir dalam dua varian, iaitu 'Standard' dan 'Extended'.

Pilihan Standard dijual pada harga RM149,800, manakala Lanjutan (Extended)  pula berharga RM167,800.


Luaran:

Untuk rebiu kali ini, penulis menerima varian Extended.

Menjengah bahagian luarannya, kami yakin pasti ramai yang sudah membelek rekaan luaranya yang agak mewah terutama dari bahagian gril dan pillar-C juga didatangkan dengan gaya baharu.


Bagi varian Extended ini, ia digandingkan rim aloi bersaiz 18 inci membuatkannya lebih mantap dan kelihatan agak sasa.

Nyata jelas terbukti gayanya yang begitu terselah membuatkan SUV sub kompak ini agak terangkat kerana kelihatan agak sporty dimana membuatkannya hebat.

Bagaimanapun, beberapa ciri SUV ini dilihat dikekalkan.

Antaranya bampar hadapan dan belakangnya kelihatan agak lasak namun cara penggayaan dan penampilan keseluruhannya tidaklah begitu membosankan.

Bagi sistem lampunya, ia dilengkapi dengan lampu jenis lampu LED penuh dengan fungsi Lampu Depan Adaptif. 

Dari segi dimensinya pula, ia mempunyai ukuran yang lebih besar daripada Proton X50 memandangkan ukuran panjangnya ialah 4,455 mm dan selebar 1,875 mm.


Atto 3 ini juga lebih panjang 125 mm dan lebih lebar 75 mm berbanding X50 sementara jarak rodanya pula ialah 2,720 mm.

Kabin


Melangkah masuk ke bahagian dalamannya pula, saya mendefinisikannya cukup mewah dan hasil kemasannya cukup berkualiti tinggi.


Saya mendapati ruang di dalamnya kelihatan hampir serupa dengan Proton X50 namun ruang butnya seluas 440 liter iaitu 110 liter  lebih besar daripada X50.


Sebaik melabuhkan punggung ke tempat duduk pemandunya, ia menawarkan keselesaan yang cukup mewah kerana tempat duduknya  dibaluti dengan material kulit dan stereng bantuan elektriknya pula agak lembut dan halus.

Jadi, bagi tangan wanita ia memang cukup sesuai.

Bukan itu sahaja, hasil kemasan pada bahagian papan pemuka dan sisi pintu yang berwarna putih membuatkannya ia kelihatan putih berseri dan menonjol.


Malah, setiap pintunya dilengkapi dengan speaker.

Apa yang cukup unik dan kreatif kereta dari China ini ialah terdapat tali gitar di bahagian bawah pintunya. 


Ini maknanya, jika anda bosan atau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, bolehlah anda belajar main gitar seketika.

Pendek kata, kelengkapan dalamannya hadir dengan rekaan futuristik yang menarik.In i kerana ia terdiri daripada skrin pintar boleh pusing bersaiz 12.8-inci.


Selain itu, terdapat juga sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, kamera 360 darjah, pengecas telefon tanpa wayar, penapis udara PM 2.5 dan sistem pintar tanpa kunci.

Jika ia tidak mengagumkan anda, tunggu dulu, ada lagi ciri yang akan memukau hati anda.

Bagi varian yang ada dalam tangan saya ini, ia didatangkan dengan bumbung panaromik kaca, pencahayaan kabin LED manakala kluster instrumen digitalnya pula bersaiz 5 inci.

Antara kelengkapan ialah terdapat butang multikawal, navigasi satelit, sistem kawalan iklim automatik dwi-zon dan port USB Type- C.


Seperti kereta lain, tempat duduk hadapannya boleh dilaras secara elektrik dan kerusi belakangnya boleh dilipat 60:40.

Jadi, ruang butnya yang sekitar 440 liter itu boleh menjadi lebih luas iaitu 1,340 liter jika kerusi belakang direbahkan.


Pandu Uji

Datang kepada pemanduannya, bagi varian Extended ini, ia dikatakan seberat 1,750 kilogram.

Difahamkan varian ini yang dilengkapi dengan motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 201 hp dan tork 310 Nm.


Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 7. 3 saat. Selain menceritakan angka dan daya prestasinya, apa yang saya mendapati ialah pemanduannya cukup senyap.

Keseluruhannya kabinnya tidak kedengaran sebarang bunyi enjin atau bunyi persekitaran di jalan raya.

Anda boleh merasai ruang yang lebih senyap disebabkan hasil pengurangan bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) yang dilakukan.

Menyentuh mengenai pemanduannya, saya berasa ia cukup selesa dipandu dan harga yang dibayar cukup berbaloi.

Dalam pada itu, saya dapat merasakan penghantaran kuasanya berjalan dengan lancar walaupun saya baru sahaja menghidupkan enjin dan terus memandunya. 

Kuasanya terasa jitu sebaik saja pendikit diperah walaupun varian ini berkongsi tork yang sama dengan varian Standard.

Bagi saya, ATTO 3 cukup selesa jika dipandu untuk jarak jauh namun apa yang menjadi masalah utama ialah stesen pengecas EV.

Namun itu tidak menjadi penghalang buat saya untuk menekan sedikit pedal minyak namun dari segi pemanduannya, ia kelihatan hampir serupa dengan kereta enjin yang menggunakan petrol.

Ia membuatkan sistem breknya lebih senang dan lembut. Pendek kata, ia sama dengan enjin kereta petrol.

Untuk makluman anda, penulis gemar menguji hon setiap kereta pandu uji. Bagi kereta buatan China ini, bunyi honnya tidak seperti pondan sebaliknya kedengaran agak garang.

Ketika menggunakan normal mod, saya dapat merasakan pemanduannya yang cukup berjalan lancar dan apa yang cukup penting ialah  saya tidak berasa  terbuai-buai ketika mengambil selekoh tajam. 

Malah respons pick up kereta agak baik berbanding Ora Good Cat yang saya pernah pinjam daripada kereta rakan baik saya beberapa hari lalu semata-mata untuk membuat sedikit perbandingan.

Jika dibandingkan dengan pick up Ora Good Cat, pick up kereta Ora agak lambat sama seperti Proton X70 tetapi yang ini responsnya cukup cepat, seolah-olah kereta turbo.

Saya dapat merasakan daya pikapnya lebih berkuasa daripada Volvo dan Mercedes-Benz EQA yang pernah saya uji sebelum ini.

Selain daripada itu, pengendaliannya cukup mantap!

Sebelum terlupa saya juga ada merempuh satu bonggol di kawasan perumahan, saya dapat merasakan rempuhan itu mungkin kerana berat bateri EV ini.

Bagi saya, jentera ini cukup sesuai bagi sang suami yang mahu menghadiahkan kereta EV kepada isteri mereka kerana tempat duduknya yang agak tinggi.


Pengecasan

Atto 3 boleh dicas dengan  menggunakan pengecasan AC (Type 2) sehingga 7 kW dan juga pengecasan pantas DC (CCS2), dengan kadar maksimum antara 70 kW atau 80 kW, manakala kadar pengecasan 0-80% , hanya dalam masa 45 minit.

Varian Extended ini dilengkapi dengan pek bateri yang lebih besar iaitu 60.48 kWh. Maka tidak hairanlah, mengapa ia mampu melakukan perjalanan sejauh 480km

Ciri Keselamatan:

Dari segi ciri keselamatan pula ia dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan.


Antaranya 6 sensor parkir, 7 beg udara, Sistem pengesan tekanan tayar, Sistem Brek Anti Kunci, Sistem kawalan cengkaman, Amaran perlanggaran belakang (RCW), Pengesan titik buta (BSD) dan Amaran buka pintu (DOW).

Selain itu terdapat juga Amaran lintasan trafik di belakang, Agihan Brek Elektronik, Kawalan menuruni curam, Kawalan melayar adaptif kelajuan penuh dengan Stop & Go dan Brek kecemasan autonomous (AEB).

Mengenai warnanya pula, ia didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Ski White, Boulder Grey, Forest Green, Parkour Red dan Surf Blue. 


Lebih menarik, Atto 3 hadir dengan dengan jaminan selama enam tahun atau 150,000 km, dengan jaminan bateri pula selama lapan tahun atau 160,000 kilometer.

Jadi tidak hairanlah mengapa Atto 3 ini akan menjadi EV terbaik di bawah RM200,000 di Malaysia. 

SPESIFIKASI

BYD Atto 3 – Varian Extended

MOTOR

1x Jenis Motor Magnet Kekal

TRANSMISI

1-speed direct drive Auto,

Front-Wheel Drive (FWD)

KUASA

201 hp

TORK

310 Nm

0-100 KM/J

7.3 saat

V-MAX

-

BATERI & CAS

Bateri:

60.5 kWh BYD Blade LFP Type

 

Input Ca:

- AC Type 2 – Up to 7 kW

- DC (CCS2) – Up to 80 kW

KITARAN

480 KM (NEDC)

420 KM (WLTP)

BERAT

1,750 KG

HARGA

RM167,800

(tidak termasuk insurans)


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPD4806

SELANGOR

BSE7762

JOHOR

JXX5593

PULAU PINANG

PRQ6865

PERAK

ANV7491

PAHANG

CFB7756

KEDAH

KGA5935

NEGERI SEMBILAN

NEF8979

KOTA KINABALU

SJK9582

KUCHING

QAB3665L

Terakhir Kemas Kini 20 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.07

-0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.77

-0.03

EURO 5 B7

RM 2.97

-0.03

Terakhir Kemas Kini 15 May, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

05-10-2023
Global

06-03-2023
EV

06-02-2023
EV

20-01-2023
Global

02-11-2022
Berita Auto

18-10-2022
EV

17-10-2022
EV

04-02-2025

Berita Terkini

Pandu Uji
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.

19-05-2025
Pandu Uji
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.

14-05-2025
Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.