- Berita
- Global
- Chery Super Hybrid Terbukti Sistem Hibrid Tercanggih, Ekspedisi 20,000 KM Berakhir
Chery Super Hybrid Terbukti Sistem Hibrid Tercanggih, Ekspedisi 20,000 KM Berakhir
Acara Chery Super Hybrid Endless Horizons Global Endurance Drive secara rasmi melabuhkan tirainya selepas pusingan terakhir dengan perjalanan sejauh 1,400 kilometer dibuat dari Taiyuan, Shanxi, ke ibu pejabat Chery International di Wuhu. Konvoi tiba tepat pada masanya untuk acara 2025 Chery International User Summit, menandakan penamat bagi ekspedisi panjang yang memakan masa hampir setahun.
Ujian Ketahanan Teknologi Hibrid Plug-In Chery
Dimulakan pada bulan April, jelajah ini bertujuan menguji teknologi hibrid plug-in terkini Chery dalam situasi sebenar. Sepanjang perjalanan, kenderaan ini mengunjungi lebih 20 negara di Asia, Eropah, Amerika Latin dan Timur Tengah dengan jarak melebihi 20,000 kilometer merentasi lebuh raya, laluan berbukit serta jalan bandar.
Perjalanan ini membuktikan ketahanan, kecekapan bahan api, serta keselesaan pemanduan bagi rangkaian kuasa tercanggih Chery setakat ini, Chery Super Hybrid (CSH).
Perjalanan terakhir ini membabitkan penyertaan lebih daripada 20 negara termasuk Malaysia, Greece, Thailand, Brazil dan Kazakhstan menggunakan model Tiggo 7, Tiggo 8 dan Tiggo 9 PHEV CSH.
Konvoi mengharungi pelbagai jenis jalan seperti lebuh raya, laluan bukit yang berliku, serta jalan luar bandar, menawarkan cabaran berbeza untuk membuktikan kecanggihan sistem hibrid yang digunakan pada model-model tersebut.
Prestasi Menakjubkan
Tangki bahan api setiap kenderaan ditutup rapi (sealed) sebelum berlepas bagi memastikan tiada pengisian semula bahan api dibuat sepanjang perjalanan. Perkembangan harian dikongsi secara terbuka di saluran rasmi Chery International, mendedahkan ketelusan sepanjang acara berlangsung.
Seorang peserta dari Malaysia memuji prestasi kenderaan yang melangkaui jangkaan setelah menempuh perjalanan 1,400 kilometer, dengan pemanduan lancar dan konsisten walaupun membawa tiga penumpang berserta bagasi.
Model-model ini dilaporkan mampu menempuhi laluan yang sukar, berbatu dan curam dengan mudah. Selain itu, model ini turut mempamerkan prestasi tork yang menyerupai kenderaan elektrik, membolehkan pemandu memotong kenderaan lain di lebuh raya dengan mudah dan lancar.
Walaupun menempuhi pelbagai laluan mencabar sepanjang perjalanan, keselesaan pemanduan terpancar kerana semua peserta kekal segar dan selesa di hujung perjalanan.
Tamatnya Jelajah Ketahanan Bertaraf Dunia
Dengan berakhirnya pusingan terakhir Chery Super Hybrid Global Endurance Drive menandakan penamat sebuah ujian menyeluruh bertaraf dunia. Program ini tidak hanya mempamerkan kemajuan teknikal syarikat, tetapi turut menonjolkan kematangan sistem PHEV yang mampu menempuhi pelbagai iklim dan jenis muka bumi di seluruh dunia.
Baca: Chery Tiggo 7 & 8 PHEV CSH Capai Euro NCAP 5 Bintang Selepas Penambahbaikan
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv