Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jenama Tayar Terbaru, General Tire, Kini Di Malaysia – Tayar Khas SUV, MPV, 4x4 Ditawarkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

GeneralTire-Malaysia-3.jpg

Continental Tyre Malaysia telah memperluaskan kehadirannya di Malaysia dengan memperkenalkan subjenama terbaru, General Tire. Untuk pelanggan di Malaysia, General Tire menawarkan pelbagai jenis tayar yang sesuai untuk pelbagai jenis kenderaan, termasuk kereta penumpang, SUV, MPV dan kenderaan 4x4.

Bagi yang kurang mengenali General Tire, jenama ini berada di bawah naungan Continental Tire sejak tahun 1987 lagi. Bagaimanapun, usia jenama ini telah pun mencecah lebih 100 tahun. 


GeneralTire-Malaysia-4.jpg

Dalam fasa pertama pelancarannya di Malaysia, General Tire bakal menawarkan empat model tayar dengan ukuran dari 14 hingga 20 inci untuk pelbagai kategori kenderaan. Bermula daripada model asas, Altimax GC5 yang menjanjikan pemanduan yang senyap, selesa serta kecekapan bahan api yang tinggi. Model ini ditawarkan dalam saiz 14 hingga 15 inci.


GeneralTire-Malaysia-2.jpg

Model tayar seterusnya ialah General Tire Altimax GS6 yang turut memberikan pengalaman pemanduan lebih senyap, tetapi dengan kelebihan dari segi cengkamannya yang lebih kuat, jarak brek lebih pendek serta ketahanan bunga tayar yang tinggi. Model ini ditawarkan dalam ukuran antara 15 hingga 19 inci.

GeneralTire-Malaysia-5.jpgGeneralTire-Malaysia-1.jpg

Bagi kenderaan 4x4, dua pilihan tayar ditawarkan, iaitu tayar all-terrain Grabber AT6 dengan saiz 16 hingga 18 inci serta tayar highway-terrain Grabber HT6 dalam saiz 16 hingga 20 inci.

Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova berkata, “Kemunculan General Tire di pasaran Malaysia merupakan satu pencapaian penting dalam penawaran kombinasi sempurna antara ketahanan, prestasi serta rekaan yang bergaya sambil memberikan nilai tambah untuk kegunaan harian. Kami teruja memperkenalkan jenama ini yang dibangunkan hasil kepakaran Continental Jerman, kepada pemandu yang mengutamakan prestasi dan keselamatan.”

thumb-GeneralTire-Malaysia.jpg

Kesemua model tayar General Tire kini boleh didapati melalui pengedar sah Continental di seluruh negara serta menerusi platform dalam talian rasmi Continental seperti Shopee, TNG eWallet dan Lazada. Selain itu, pelanggan juga boleh melayari laman web rasmi General Tire Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai jenama dan produk yang ditawarkan.

Dengan kemasukan General Tire, Continental memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia untuk mendapatkan tayar yang berkualiti dan sesuai dengan pelbagai keperluan pemanduan.

Tag:

Continental Tyre Malaysia
General Tire
General Tire Malaysia
General Tire Continental
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Continental Tawar Waranti Tambahan & Ganjaran Sehingga RM200!

Continental Tyre Malaysia, meraikan ulang tahun ke-60 syarikatnya dengan melancarkan Total Confidence Plan (TCP) dan ganjaran e-dompet kepada pembeli tayar baharu.

03-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026