Link Copiedcheck_circle
EV

JMS 2025: Racco, Kei Car Pertama BYD

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BYD telah melancarkan model kei car pertamanya, BYD Racco, sekali gus mencabar pengeluar kereta kei car dari Jepun.

Buat masa ini, tiada cara yang lebih berani untuk memperkenalkan model EV baharu ini selain mendedahkannya di pameran Japan Mobility Show (JMS) 2025 yang sedang berlangsung di Jepun.

image.pngimage.png

Berdasarkan imej awal yang dikongsikan oleh Headlightmag.com, kita dapat melihat bahawa Racco menampilkan elemen reka bentuk klasik kei car.

Antaranya, hud hadapan yang pendek, overhang depan yang agak ringkas, cermin hadapan tegak, serta reka bentuk belakang menegak yang menyerlahkan lagi gaya kotak tipikal kei car Jepun.

Selain itu, ia hadir dengan lampu LED berbentuk C di bahagian hadapan dan belakang, rekaan gril depan agak minimalis dengan logo BYD di tengah,ada pintu gelangsar di sisi, serta rim aloi pelbagai jejari bersaiz 15 inci lengkap dengan cakera brek pada keempat-empat roda.

image.pngimage.png

Walaupun saiz sebenar Racco belum disahkan, namun rekaannya mematuhi piawaian kei car Jepun, iaitu panjang maksimum 3,400 mm, lebar 1,480 mm, dan tinggi sehingga 2,000 mm.

Dari segi trenkuasa, menurut laporan CarNewsChina, BYD Racco akan menggunakan sistem pacuan elektrik sepenuhnya yang dikuasakan oleh pek bateri kecil 20 kWh, dimana ia memberikan jarak pemanduan sekitar 180 km (kitaran WLTC).

Apa yang menarik model ini juga menyokong pengecasan pantas DC sehingga 100 kW, bermakna bateri kecilnya boleh dicas penuh dalam masa yang singkat.

image.png

BYD Racco dijadualkan memasuki pasaran Jepun pada penghujung tahun 2026, dengan harga anggaran  2.6 juta yen (sekitar RM71,695).

Ini menjadikannya setanding dengan kei car elektrik Jepun lain seperti Honda N-One e: dan Nissan Sakura.


Buat masa ini, tiada maklumat sama ada Racco akan dijual di luar Jepun kerana kebanyakan kei car kekal eksklusif untuk pasaran domestik Jepun (JDM) sahaja.

image.png

Sebelum ini, BYD sudah pun menjual beberapa model EV globalnya di Jepun, termasuk Atto 3, Dolphin, Seal, dan Sealion 7 namun Racco menandakan langkah pertama syarikat itu menyertai segmen kei car yang sangat dominan di Jepun.

Gallery

Tag:

Japan Mobility Show 2025 (JMS 2025)
BYD Racco EV Kei Car
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026