Link Copiedcheck_circle
EV

Kia EV4 GT Ditunjuk Dengan Pelekat Penyamaran Sebelum Dilancar Tahun Depan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pembuat kereta Korea, Kia, mendedahkan imej rasmi model elektrik terbaharunya Kia EV4 GT namun model yang dijangka akan membuat penampilan rasmi pada tahun depan ini didedahkan dengan pelekat penyamaran.

Biarpun ia sarat dengan pelekat berwarna kelabu dan hijau itu, namun hakikatnya ia masih tidak dapat menyorokkan reka bentuk sebenarnya kerana EV4 GT dilihat masih mengekalkan bentuk asas yang sama dengan EV4 GT-Line.

Namun perbezaannya tidaklah begitu ketara kerana ia hadir dengan saluran udara menegak pada bampar hadapan bawah, rim aloi potongan berlian dengan angkup brek berwarna neon, penyebar belakang GT yang lebih agresif dengan lampu LED menegak gaya F1 di bahagian tengah dan banyak lagi.

image.png

Bagaimanapun, Kia masih belum berkongsi sebarang imej bahagian kabinnya , namun laporan awal menunjukkan ia akan dilengkapi tempat duduk jenis bucket berwarna neon.

Selain itu, EV4 GT dijangka menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) dwi-motor yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 400 hp.

image.pngimage.png

Di sebalik itu, ada desas-desus mengatakan bahawa EV4 GT akan menggunakan fungsi penukaran gear manual simulasi dan artificial rev limiter yang diambil daripada Hyundai Ioniq 5 N.

EV4 GT juga dikatakan menggunakan pek bateri berkapasiti 81.4 kWh yang sama seperti varian EV4 pacuan roda hadapan jarak jauh (long-range FWD), namun angka jarak pemanduan rasmi masih belum diumumkan.

image.pngimage.png

Selaras dengan peningkatan kuasa tersebut, EV4 GT turut menerima talaan casis yang lebih sporty, termasuk suspensi lebih tegar dan nisbah stereng yang lebih pantas, bagi memberikan tindak balas lebih lincah serta pemanduan dinamik.

Walaupun tiada butiran terperinci setakat ini, namun nampaknya  Kia serius dalam membangunkan model GT ini kerana mereka bukan sekadar menambah lencana prestasi.

Seperti yang dinyatakan, Kia EV4 GT akan membuat kemunculan pasaran pada penghujung tahun 2026, dan bakal menjadi alternatif elektrik sepenuhnya kepada hot-hatch AWD terkenal seperti Volkswagen Golf R, Toyota GR Corolla, dan Audi RS3 Sportback.

Apabila dilancarkan nanti, model ini akan menyertai barisan EV GT berprestasi tinggi  yang kini terdiri daripada EV6 GT dan EV9 GT.

Gallery

Tag:

EV4
Kia EV4 GT Teaser
Kia EV4 GT Hot-Hatch
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026