Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kutipan Tol EKVE Bermula Tengah Malam Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kutipan tol bagi Seksyen 1 Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) akan mula dilaksanakan pada 12.01 tengah malam ini, selepas hampir dua bulan pengguna menikmati tol percuma sejak laluan itu dibuka pada 30 Ogos.

Menurut EKVE Sdn Bhd, pelaksanaan kutipan tol itu menandakan fasa operasi penuh lebuh raya tersebut yang menghubungkan kawasan Ampang, Hulu Langat dan Sungai Long, di bawah pengendalian syarikat konsesi tersebut.

"Sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan MADANI untuk meringankan beban rakyat, pengguna EKVE telah menikmati tol percuma sejak jajaran Seksyen 1 dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Ogos 2025.

"Langkah ini diberikan sebagai tempoh pelepasan tol sementara bagi membolehkan pengguna membiasakan diri dengan laluan baharu serta menggalakkan aliran trafik lebih lancar antara kawasan Ampang, Hulu Langat dan Sungai Long," katanya.

Kutipan tol di Seksyen 1 Lebuhraya EKVE akan dilaksanakan sepenuhnya secara elektronik menggunakan kad Touch 'n Go, SmartTAG dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

EKVE turut menasihatkan pengguna agar mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui ke semua plaza tol ini bagi memastikan perjalanan yang lancar ke destinasi masing-masing.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi hotline EKVE di talian 1-300-88-3583.


Gallery

Tag:

The East Klang Valley Expressway (EKVE)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026