Link Copiedcheck_circle
Global

Omoda C5 Baharu Dipertontonkan Di China – Perubahan Drastik, Lebih Futuristik

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-1.jpg


Hanya beberapa bulan selepas versi kemas kini (facelift) Omoda C5 dilancarkan di pasaran China, versi baharu model SUV crossover sporty ini telah dipamerkan dalam acara besar yang kini sedang berlangsung, Omoda & Jaecoo International User Summit 2025. Dalam versi terbaru ini, ia menerima rombakan reka bentuk menyeluruh, bukan sahaja pada bahagian luar tetapi juga di ruang kabin. 


Rekaan Lebih Menyerlah & Futuristik


Caricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-3.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-2.jpg


Secara visual, sudut depan C5 kali ini kelihatan lebih menyerlah. Perubahan paling ketara adalah fascia hadapan yang direka semula sepenuhnya. Berbeza dengan model semasa yang menggunakan gril hadapan yang besar dan menonjol, C5 baharu ini menampilkan rekaan tanpa gril yang agresif, dengan komponen ambilan udara (air intakes) yang lebih halus. Ia dipadankan dengan lampu depan LED dalam rekaan dwi-tingkat (dual-stack) serba baharu, memberikan 'wajah' yang lebih kemas dan moden.


Caricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-23.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-5.jpg


Dari sudut tepi, SUV ini masih mengekalkan profil sporty termasuk garis bumbung ala-coupe. Ia masih menggunakan pemegang pintu konvensional, tetapi kini didatangkan dengan rim aloi 18 inci baharu yang mempunyai rekaan jejari lebih tertutup (enclosed spoke design), meningkatkan aura elegannya.


Caricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-26.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-9.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-28.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-10.jpg


Bahagian belakang pula menerima sentuhan lebih berani. Reka bentuk pintu but kini lebih minimal, dengan pemegang plat nombor dipindahkan ke bahagian bawah bampar belakang. Model ini juga dipasang dengan lampu LED baharu dalam rekaan zig-zag yang sama seperti yang dilihat pada model Omoda 4 dan Omoda C7. Spoiler yang dipasang di bumbung juga baharu, manakala ekzos faux pada bampar digantikan dengan kemasan bampar belakang yang lebih ringkas.


Kabin Minimalis, Dwi-Tona & Sarat Ciri Canggih


Caricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-7.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-19.jpg


Perubahan paling signifikan mungkin terletak pada bahagian kabin. C5 baharu ini menerima rombakan kabin, sejajar dengan pendekatan reka bentuk minimalis yang terdapat pada model-model Omoda terkini.


Caricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-17.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-16.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-22.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-21.jpg


Susunan dwi-skrin (dual-screen setup) yang biasa dilihat pada model Chery sedia ada digantikan dengan skrin infotainmen tengah yang lebih besar dan kluster meter digital yang sedikit kecil.


Elemen baharu lain adalah termasuk konsol tengah yang lebih kemas dengan beberapa butang kawalan serta pad pengecas tanpa wayar, dan stereng dua jejari baharu bersama penukar gear yang dipasang pada kolum stereng di sebelah kanan.


Caricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-18.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-6.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-8.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-24.jpg


Selain itu, model ini diberikan kemasan dwi-tona baharu dengan jahitan dan aksen jingga yang kontra bagi menyerlahkan sifat sporty. Tempat duduk hadapan juga kini dalam rekaan lebih sporty, selain diberikan sistem audio Sony, bumbung suria panoramik dan ciri mewah lain seperti fungsi pemanasan untuk tempat duduk belakang. 


Enjin Sama, Sistem Transmisi Baharu


Caricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-29.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-11.jpg


Selain daripada sentuhan kosmetik, difahamkan C5 baharu ini masih menggunakan enjin petrol 1.5 liter 4 silinder turbo yang sama seperti model sebelum ini. Walau bagaimanapun, enjin tersebut kini dipadankan dengan sistem gear automatik dwi klac (DCT) enam kelajuan, seperti yang terdapat pada model facelift pasaran kita.


Walaupun tiada angka kuasa rasmi didedahkan setakat ini, C5 baharu ini dijangka akan turut ditawarkan dalam versi pacuan semua roda (AWD).


Ketibaan Ke Pasaran Antarabangsa


Caricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-20.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-27.jpg


Sebelum anda 'tidak sabar' untuk memiliki SUV crossover yang futuristik ini, penting untuk anda tahu bahawa buat masa ini, tiada pengesahan rasmi bilakah Omoda C5 baharu akan membuat penampilan sulungnya di pasaran luar China, termasuk Malaysia. Memandangkan model facelift sedia ada baru sahaja dilancarkan awal tahun ini, kita mungkin perlu menunggu sedikit masa lagi sebelum melihat model yang 'kacak' ini singgah ke pasaran antarabangsa.


Caricarz-MBA-Omoda-C5-Facelift-CIUS2025-4.jpg

Tag:

Omoda C5
Chery
Omoda & Jaecoo International User Summit 2025
Omoda Jaecoo China
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27

Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.

13-01-2026
Berita Auto

Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.

26-12-2025
Global

Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700

Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.

04-12-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Berita Auto

Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik

Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.

23-10-2025
Kereta Baru

Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.

21-10-2025
Global

Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!

Chery membuktikan tahap keselamatan keretanya dengan menggunakan dua Tiggo 9 Ketika melakukan demonstasi ujian perlanggaran dari arah hadapan.

21-10-2025
Global

Omoda 4 Ultra Dipertontonkan – Model Omoda | Jaecoo Paling Sporty Setakat Ini?

Omoda 4 Ultra telah membuat penampilan sulungnya di peringkat global semasa acara automotif besar-besaran Omoda & Jaecoo International User Summit 2025.

21-10-2025

Berita Terkini

Global

Ora Good Cat Kini Tinggal Kenangan Di Thailand – Malaysia Bakal Terima Nasib Yang Sama?

Berita mengejutkan datang dari negara jiran utara kita. GWM Thailand dilaporkan telah menghentikan pengeluaran dan jualan model EV popular, Ora Good Cat

04-02-2026
Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global

Mercedes-Benz S-Class (W223) Facelift Kini Lebih Hebat! Enjin V8 Terbaru & Teknologi AI

Selepas hampir enam tahun mendominasi pasaran limosin mewah dunia, Mercedes-Benz akhirnya mendedahkan wajah baharu bagi model S-Class (W223) Facelift.

30-01-2026
Global

Honda Prelude Lancar Di Indonesia – Terhad, Dari RM240K, Malaysia Seterusnya?

Indonesia nampaknya 'memintas' jiran-jiran di rantau ASEAN apabila secara rasmi melancarkan Honda Prelude generasi keenam.

28-01-2026
Global

Chery China Panggil Semula Tiggo 7 & Jaecoo J7, Versi Malaysia Selamat

Gergasi automotif China, Chery, baru-baru ini telah mengumumkan pemanggilan semula sebahagian kecil unit dua model SUV.

27-01-2026
Global

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global

Pengeluaran Pertama Geely EX2 Bermula Di Indonesia

Pemasangan tempatan (CKD) bagi Geely EX2 yang dikatakan sebagai ‘kembar’ kepada Proton e.MAS 5 dan dipasarkan sebagai Geely Xingyuan di China telah pun bermula di Indonesia, baru-baru ini.

23-01-2026
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026