Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ora Good Cat 2025 & Versi Agresifnya, GT, Kini Boleh Ditempah – Dari RM115,000, Capai 480 KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

GWM-ORA-Good-Cat-Returns-with-Everything,-Extra.-Bookings-Now-Open-for-the-2025-Ora-Good-Cat-and-GT-from-RM115,000.jpg

Setelah membuat kemunculan mengejut semasa perarakan kemerdekaan di Putrajaya pada Ogos lalu, GWM Malaysia telah mengumumkan pembukaan tempahan untuk model elektrik terbarunya itu, Ora Good Cat bersama varian GT yang lebih sporty, dengan harga bermula daripada RM115,000. 


Ora-Good-Cat-GT-Merdeka-Parade-Caricarz-(10).jpg


Ora Good Cat yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2022, merupakan antara hatchback elektrik terawal di negara ini. Reka bentuk retro modennya, jarak pemanduan yang jauh, serta ciri-ciri premium yang disematkan pada model ini menjadikannya pilihan popular dalam kalangan pengguna EV terawal.. Versi facelift ini mengekalkan daya tarikan tersebut dengan beberapa penambahbaikan termasuk sentuhan rekaan yang lebih segar.


Menurut GWM, perubahan terbesar terletak pada penggunaan bateri LFP 57.7 kWj yang kini dibekalkan oleh SVOLT, menggantikan unit CATL sebelum ini.  Dengan bateri kali ini, jarak pemanduan mampu mencapai sehingga 480 km mengikut piawaian NEDC, manakala pengecasannya kekal pada kapasiti AC 6.6 kW dan DC 60 kW. Motor elektrik yang dipasang di hadapan masih menghasilkan kuasa 141 hp dan tork 210 Nm.


Bahagian dalam kabin pula masih mengekalkan skrin infotainmen berukuran 10.25 inci, kerusi berbalut kulit sintetik, sistem bantuan pemandu ADAS Tahap 2, kamera 360 darjah serta sambungan Apple CarPlay, Android Auto dan aplikasi My GWM. Bagaimanapun, model kali ini menggunakan tuil penukar gear baharu di sebalik stereng,  menggantikan tombol putar yang digunakan sebelum ini.


Ora-Good-Cat-GT-Merdeka-Parade-Caricarz-(11).jpgOra-Good-Cat-GT-Merdeka-Parade-Caricarz-(8).jpg


Varian agresif, GT, pula menawarkan prestasi lebih tinggi dengan output 168 hp dan tork 250 Nm, lengkap dengan sistem Launch Control bagi kuasa pecutan yang lebih ‘mengejutkan’. Jarak pemanduan GT adalah sekitar 460 km. Bateri  yang digunakan bagaimanapun masih sama dengan versi standard, tetapi dengan jangkaan jarak EV lebih rendah iaitu 460 km (NEDC). 


Secara visual, varian GT tampil dengan bampar depan lebih agresif, kaliper brek kuning, rim aloi eksklusif dan spoiler belakang. Bukan hanya di luar, aura sporty turut terserlah di dalam kabin dengan penggunaan kerusi sport yang diberikan jahitan kuning dan kemasan suede. 


Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata, kehadiran Ora Good Cat dan varian GT memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan tempatan untuk menikmati pengalaman EV yang lebih menarik dan memuaskan. Dengan momentum pasaran EV yang semakin rancak, kemunculan model ini akan menambah warna dalam persaingan kenderaan elektrik di Malaysia.

Tag:

Ora Good Cat 2025
Ora Good Cat GT 2025
Ora Good Cat Malaysia
GWM Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k

GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.

27-08-2026
Berita Auto

GWM & Touch ’n Go Jalin Kerjasama Strategik

GWM x Touch ’n Go: Beli Kereta Baharu, Terus Sedia Lalu Tol Tanpa Tunai.

31-07-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri

Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!

08-06-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Berita Auto

Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.

27-04-2026
Berita Auto

GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia

WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!

22-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026