Link Copiedcheck_circle
Global

Pencapaian Cemerlang: Omoda | Jaecoo Catat Jualan 32,840 Unit Dalam Sebulan

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Omoda | Jaecoo melabuhkan tirai  September 2025 dengan mencatatkan pencapaian yang agak cemerlang, apabila berjaya menghantar sebanyak 32,840 kenderaan ke seluruh dunia, sekali gus  menjadikannya bulan eksport paling kukuh setakat ini. 

Dalam tempoh kurang dua tahun setengah sejak pelancarannya, jenama ini telah mencatatkan jualan kumulatif melebihi 630,000 unit.

Dari Januari hingga September sahaja, jumlah penghantaran mencecah 244,522 unit, meningkat 39% berbanding tempoh sama tahun lalu, menunjukkan jualaannya semakin melonjak di pasaran global.

image.pngimage.png

Peningkatan jualan ini berlaku secara meluas di beberapa negara. Di Amerika Latin, pasaran seperti Brazil dan Mexico terus memberi respons positif terhadap model yang direka khusus mengikut cita rasa dan keadaan pemanduan tempatan. Ini kerana jualan melonjak 40% di Mexico pada bulan lepas.

Di Asia Tenggara, Thailand menerajui angka jualan apabila lebih 4,000 unit terjual dalam sebulan. Difahamkan, ini merupakan rekod tertinggi bagi jenama tersebut. Sementara itu, di Eropah, Omoda | Jaecoo berjaya menentang trend kelembapan industri automotif, apabila mengeksport 11,663 kenderaan, hasil tumpuan terhadap kualiti serta pematuhan terhadap piawaian keselamatan dan alam sekitar yang ketat di Eropah.


Kenderaan tenaga baharu (New Energy Vehicles – NEV)juga menununjukkan perkembangan positif memandangkan pada bulan September sahaja, NEV menyumbang 57% daripada jumlah eksport, bersamaan 18,999 unit. Dalam sembilan bulan pertama tahun ini, jualan NEV telah melebihi 110,000 unit.

image.png

Model seperti O5 SHS-H dan J7 SHS memainkan peranan penting dalam kejayaan ini. O5 SHS-H sahaja mencatat lebih 10,000 unit terjual dalam tempoh tiga bulan, manakala J7 SHS menambah 6,471 unit pada bulan September dan lebih 70,000 unit sepanjang tahun ini di sepuluh pasaran termasuk Malaysia, Thailand, United Kingdom, Sepanyol, Itali, Australia, Brazil, dan Mexico.

Kedua-dua model ini menggunakan sistem Super Hybrid System jenama tersebut, yang menggabungkan penggunaan bahan api rendah dengan prestasi hibrid yang lancar — sesuai untuk pemanduan harian.

Omoda turut memperkenalkan model hibridnya, Omoda 9 SHS, yang dilengkapi sistem pacuan semua roda hibrid plug-in Quad-Motor dimana ia mampu menghamburkan  kuasa 395 kW dan tork 650 Nm. I

Ini  membolehkan ia mampu memecut dari 0–100 km/j hanya dalam 4.9 saat. Model ini akan membuat penampilan umum pertamanya di Chery User Summit 2025, bagi mempamerkan teknologi terkini jenama tersebut.

image.png

Di sebalik angka jualan yang kukuh ini terserlah strategi yang jelas — Omoda menumpukan kepada kenderaan crossover bergaya yang menggabungkan keselesaan sedan dengan kepelbagaian SUV, direka untuk menarik minat golongan muda yang mementingkan rekaan moden.


Sementara itu, Jaecoo pula menyasarkan pembeli yang menginginkan kenderaan lebih lasak, premium, dan seimbang antara keupayaan off-road dengan kemewahan yang halus.




Gallery

Tag:

Chery Omoda
2024 Omoda Jaecoo International User Summit
Omoda Jaecoo China
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Pandu Uji

24-03-2024
Global

05-10-2023
Berita Auto

03-04-2023
Global

27-01-2023
Global

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026