Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: Jadual Pengangkutan Awam Dipertingkat

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Pengangkutan (MOT) mengambil langkah proaktif bagi memastikan kelancaran pergerakan orang ramai dan delegasi antarabangsa pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober ini.

Untuk itu, MOT berkata, Rapid KL akan melanjutkan operasi tren semasa waktu puncak, menambah kekerapan perjalanan, menempatkan petugas tambahan di stesen utama dan mempertingkatkan pemantauan operasi sepanjang tempoh itu.

image.png

Malah,  operasi perkhidmatan rel Rapid KL dilanjutkan satu jam pada waktu puncak pagi dan petang selama dua hari bermula 27 Oktober selain kekerapan tren pada 25 dan 26 Oktober turut dipertingkatkan bagi menampung jumlah penumpang yang dijangka meningkat.

image.png

"Rapid KL juga akan menggerakkan tren tambahan sekiranya berlaku peningkatan jumlah penumpang atau mengikut keperluan operasi semasa. Seramai 400 petugas tambahan akan ditempatkan di stesen utama bagi membantu melancarkan pergerakan pengguna dan delegasi ASEAN," katanya.

Bagi perkhidmatan bas dan Rapid KL On-Demand, MOT memaklumkan beberapa laluan bas dijangka mengalami kelewatan perjalanan susulan penutupan jalan di sekitar pusat bandar.

image.png

Ia termasuk Laluan 402 (LRT Titiwangsa–LRT Maluri), Laluan 302 (LRT Titiwangsa–KLCC), Laluan 300 (Hab Pandan Indah–Lebuh Ampang), Laluan 303 (Taman Mulia Jaya–Lebuh Ampang), Rapid KL On-Demand (Zon Titiwangsa–Chow Kit) dan Rapid KL On-Demand (Zon CBD).

Selain itu, pengguna yang menuju ke KLCC dan kawasan sekitar disaran menggunakan perkhidmatan rel sebagai alternatif, dengan antara stesen berdekatan ialah Stesen KLCC (Laluan Kelana Jaya), Stesen Persiaran KLCC (Laluan Putrajaya), Stesen Raja Chulan (Monorel KL), Stesen Conlay (Laluan Putrajaya) dan Stesen Bukit Bintang (Laluan Kajang dan Monorel KL).

MOT memaklumkan perkhidmatan KLIA Ekspres akan beroperasi seperti biasa dengan penambahan kekerapan tren bagi memastikan kelancaran perjalanan menuju ke dan dari Terminal 1 serta Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

image.png

"Bagi perkhidmatan KLIA Transit, tren tambahan disediakan pada 1 pagi dari KLIA Terminal 2 menuju ke KL Sentral. Jadual perjalanan KLIA Ekspres dan KLIA Transit bagi tempoh 22 hingga 28 Okt turut dikemas kini bagi menampung peningkatan jumlah penumpang sepanjang tempoh tersebut," jelasnya.

Sehubungan itu, warga kota disarankan menggunakan pengangkutan awam bagi memudahkan pergerakan ke kawasan tumpuan dan menyumbang kepada kelancaran trafik sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.


Gallery

Tag:

ASEAN
Minister Of Transport (MOT)
RapidKL
Van on demand
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga, Proton e.MAS 5 Ditayang Kepada Perdana Menteri Sebelum Pelancaran Rasmi

Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5 yang masih belum dilancarkan secara rasmi ditayangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang.

28-10-2025
Berita Auto

Deepavali, Sidang Kemuncak ASEAN: Jalan Raya Tidak Boleh Ditutup, Dibaiki

Jalan raya tidak boleh ditutup atau diselenggara sempena Deepavali dan Sidang Kemuncak ASEAN.

17-10-2025
Berita Auto

KL "Lockdown" Sempena Ketibaan Pemimpin Dunia Pada Sidang ASEAN

Perhatian buat warga kota! Ini kerana pusat bandaraya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya sempena Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

16-10-2025
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: 6 Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Ditutup, Dilencongkan

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 berlangsung minggu ini.

20-05-2025
Berita Auto
EV

Kerajaan Pulun Habis Pasang Stesen Pengecas EV Tahun Depan, Diganda Kepada 4,000 Stesen EV

Pembangunan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) akan diperhebat.

30-10-2024
EV

EV Jadi Kenderaan Rasmi Untuk Pemimpin ASEAN Sebab Murah

Walaupun saiz EV kecil, ia akan digunakan untuk acara kenegaraan disebabkan murah.

29-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026