Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Land Cruiser FJ Didedahkan – Model Kompak Sentuhan Ranggi & Retro

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Toyota secara rasmi memperkenalkan model SUV 4x4 bersaiz kecil terbarunya, Land Cruiser FJ. Nama FJ pada model ini merujuk kepada 'Freedom and Joy', sama seperti model FJ Cruiser yang menarik perhatian ramai tetapi telah dihentikan pengeluarannya sebelum ini.


Dengan reka bentuk yang sangat ranggi, berbentuk kotak yang retro diambil daripada model Land Cruiser Prado (250) dan Hilux Champ (Hilux Rangga), model ini dilihat bukan sahaja berpotensi memberikan saingan yang sengit kepada Suzuki Jimny versi lima pintu, tetapi juga GWM Tank 300. 


Dibina Atas Platform IMV Ladder Frame Hilux Champ


Berbeza daripada laporan sebelum ini, Land Cruiser FJ baharu ini tidak dibina berasaskan casis IMV ladder frame yang sama dengan trak pikap mini Toyota Hilux Champ.


Walaupun menggunakan platform IMV yang sama, saiz badannya lebih besar berbanding Hilux Champ dengan ukuran panjang 4,575 mm, lebar 1,855 mm, tinggi 1,960 mm dan jarak roda 2,580 mm. Ini menjadikannya lebih panjang, lebar dan tinggi daripada Hilux Champ, namun dengan jarak roda yang sama. 


Rekaan Ranggi


2026-Toyota-Land-Cruiser-FJ_01-1536x864.jpg2026-Toyota-Land-Cruiser-FJ_14-1536x864.jpg2026-Toyota-Land-Cruiser-FJ_11-1536x864.jpg2026-Toyota-Land-Cruiser-FJ_12-1536x864.jpg2026-Toyota-Land-Cruiser-FJ_13-1536x864.jpg


Land Cruiser FJ menampilkan elemen reka bentuk yang unik dan klasik yang cukup menyerlah, dan pastinya dapat menarik perhatian peminat 4x4. Antara ciri menarik pada model ini ialah sudut depan berbentuk oktagon yang menjadi gaya eksklusif model ini serta lampu nyalaan siang (DRL) LED berbentuk 'C' yang bersambung dengan lampu depan berbentuk bulat.


2026-Toyota-Land-Cruiser-FJ_19-1536x864.jpg2026-Toyota-Land-Cruiser-FJ_20-1536x864.jpg2026-Toyota-Land-Cruiser-FJ_22-1536x864.jpg2026-Toyota-Land-Cruiser-FJ_21-1536x864.jpg


Dari tepi pula aura ranggi dan lasak jelas terpancar melalui rekaan tiang C yang besar dan lengkungan roda yang melebar ke tepi. Turut kelihatan menyerlah adalah pemasangan pelindung badan (body cladding) dan bampar berwarna hitam yang besar. 


Kabin Yang Diinspirasikan Daripada Hilux Champ &  Land Cruiser Prado


2026-Toyota-Land-Cruiser-FJ_07-1536x864.jpg


Land Cruiser FJ hanya menawarkan dua barisan tempat duduk yang boleh memuatkan lima penumpang dalam satu-satu masa, bukannya tiga barisan tempat duduk seperti Fortuner. 


2026-Toyota-Land-Cruiser-FJ_25-1536x809.jpg


Ruang kabinnya diberikan papan pemuka bertingkat (layered dash design) dengan rekaan panel pintu yang ringkas, menyerupai Hilux Champ. Walau bagaimanapun, SUV ini tampil lebih sofistikated dengan stereng tiga jejari yang diinspirasikan daripada Land Cruiser Prado. Ciri lain yang sama ialah panel instrumen digital bersaiz 12.3 inci, kawalan iklim digital dan tombol gear. 


2026-Toyota-Land-Cruiser-FJ_30-1536x1164.jpg


Model ini hadir dengan ciri tambahan panel Modular Lightweight Load-carrying Equipment (MOLLE) di ruang but, memudahkan pengguna memasang peralatan luar untuk aktiviti perkhemahan atau off-road.


Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan pakej bantuan pemandu canggih (ADAS) Toyota Safety Sense yang tiada pada Hilux Champ, meningkatkan perlindungan buat pemandu dan penumpang.


Enjin Sama Seperti Fortuner


2026-Toyota-Land-Cruiser-FJ_26-1536x877.jpg2026-Toyota-Land-Cruiser-FJ_27-1536x903.jpg


Land Cruiser FJ berkongsi sistem trenkuasa dengan Fortuner. Ia menggunakan enjin petrol aspirasi natural (NA) 2.7 liter empat silinder yang menghasilkan 163 hp dan 246 Nm. Enjin ini dipadankan dengan sistem transmisi automatik enam kelajuan dan sistem pacuan 4x4 dengan gear low-range.


Pemasangan Di Thailand Bakal Jadi Kenyataan?


2026-Toyota-Land-Cruiser-FJ_03-1536x864.jpg


Sebelum ini, ada ura-ura yang mengatakan Land Cruiser FJ mungkin akan dikeluarkan di kilang Thailand kerana penggunaan platform IMV. Walau bagaimanapun, versi awal yang didedahkan ini adalah khas untuk pasaran Jepun dan akan dipasang di negara tersebut dengan penghantaran yang akan dimulakan pada pertengahan 2026.


Sekiranya rancangan pengeluaran di Thailand benar-benar berlaku, ia akan menjadi kali pertama model Land Cruiser dipasang di luar negara "matahari terbit" itu, secara tidak langsung memberi harapan untuk model ini ditawarkan di pasaran ASEAN, termasuk Malaysia.


2026-Toyota-Land-Cruiser-FJ_09-1536x845.jpg


Toyota masih belum mengesahkan rancangan ini. Namun, jika Land Cruiser FJ berjaya ditawarkan pada harga yang kompetitif di rantau ini, ia berpotensi menjadi pesaing yang mampu menggugat kedudukan Suzuki Jimny dan GWM Tank 300 seperti yang dikatakan di awal artikel.


Jadi, apa pendapat anda? Perlukah Toyota merealisasikan pengeluarannya di Thailand? Adakah Land Cruiser FJ cukup menarik berbanding pesaingnya?

2026-Toyota-Land-Cruiser-FJ_04-1536x768.jpg

Tag:

Toyota Land Cruiser FJ
Land Cruiser FJ
Toyota
Hilux Champ
Toyota Land Cruiser Prado
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026
Global

Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut

Toyota HiAce kini sudah mencapai usia mencecah lebih dua dekad di pasaran global.

21-01-2026
Kereta Baru

Toyota Vellfire HEV 2026 Boleh Ditempah – Mewah Tapi Menjimatkan, Dari RM549K

Tempahan bagi model Toyota Vellfire HEV 2026 kini dibuka secara rasmi untuk pasaran tempatan.

12-01-2026
Global

GJAW: Toyota Veloz Kini Hadir Dalam Versi Hybrid, Selepas Ini Mungkin Masuk Malaysia?

Toyota Veloz Hybrid (HEV) didedahkan pada ekspo Gaikindo Jakarta Auto Week (GJAW), baru-baru ini.

25-11-2025
Berita Auto

Jualan UMWT Melonjak Bulan Lepas, Jual 8,172 Unit Kereta Dalam Sebulan

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan agak memberangsangkan pada bulan lepas apabila jualan kereta mencecah sebanyak 8,172 unit.

06-10-2025
Global

Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu

Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .

19-09-2025

Berita Terkini

Global

Ora Good Cat Kini Tinggal Kenangan Di Thailand – Malaysia Bakal Terima Nasib Yang Sama?

Berita mengejutkan datang dari negara jiran utara kita. GWM Thailand dilaporkan telah menghentikan pengeluaran dan jualan model EV popular, Ora Good Cat

04-02-2026
Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global

Mercedes-Benz S-Class (W223) Facelift Kini Lebih Hebat! Enjin V8 Terbaru & Teknologi AI

Selepas hampir enam tahun mendominasi pasaran limosin mewah dunia, Mercedes-Benz akhirnya mendedahkan wajah baharu bagi model S-Class (W223) Facelift.

30-01-2026
Global

Honda Prelude Lancar Di Indonesia – Terhad, Dari RM240K, Malaysia Seterusnya?

Indonesia nampaknya 'memintas' jiran-jiran di rantau ASEAN apabila secara rasmi melancarkan Honda Prelude generasi keenam.

28-01-2026
Global

Chery China Panggil Semula Tiggo 7 & Jaecoo J7, Versi Malaysia Selamat

Gergasi automotif China, Chery, baru-baru ini telah mengumumkan pemanggilan semula sebahagian kecil unit dua model SUV.

27-01-2026
Global

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global

Pengeluaran Pertama Geely EX2 Bermula Di Indonesia

Pemasangan tempatan (CKD) bagi Geely EX2 yang dikatakan sebagai ‘kembar’ kepada Proton e.MAS 5 dan dipasarkan sebagai Geely Xingyuan di China telah pun bermula di Indonesia, baru-baru ini.

23-01-2026
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026