Link Copiedcheck_circle
EV

EV Jeep Recon Dikeluarkan Tahun 2026 – Capai 650 HP

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Jenama jentera yang menjadi idaman ramai, Jeep, pada tahun 2022 lalu pernah mendedahkan model elektriknya, Jeep Recon, dan sejak itu, kemunculannya dinanti-nantikan. Bukan lagi spekulasi, kerana kenderaan elektrik (EV) daripada jenama yang terkenal dengan model kereta ranggi ini kini dilaporkan bakal memasuki fasa pengeluaran awal tahun 2026. Menjelang ketibaannya, spesifikasi dan harga jualan bagi pasaran Amerika Utara telah didedahkan. 


EV Off-Road Dengan Kuasa 650 HP


JeepReconMoab-(6).jpgJeepReconMoab-(11).jpg


Jeep Recon dibina berasaskan platform unibody STLA Large yang sama digunakan pada Wagoneer S. Platform ini menempatkan binaan elektrikal 400 volt serta pek bateri jenis NMC berkapasiti 100.5 kWj. Pek bateri ini dilindungi oleh perisai bawah badan yang diperbuat daripada keluli berkekuatan tinggi yang kukuh.


Jeep mendakwa Recon mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 250 batu atau 402 km dengan satu cas penuh. Ia menyokong pengecasan pantas DC, membolehkan ia dicas dari 5% ke 80% dalam masa 28 minit.


Pek bateri tersebut membekalkan kuasa kepada sepasang motor elektrik, satu pada setiap gandar, menghasilkan gabungan output setinggi 650 hp dan tork 840 Nm.


Keseronokan Pemanduan Off-Road Sebenar 


JeepReconMoab-(5).jpg


Dalam mod Sport, Recon mampu memecut dari 0 hingga 96 km/j dalam masa hanya 3.6 saat. Pedal pendikitnya diberikan talaan khas untuk menyalurkan tork secara terkawal dan tepat, memberikan pengalaman pemanduan off-road yang memuaskan.


Untuk memastikan jentera dapat mencapai prestasi off-road yang luar biasa, motor hadapan dan belakang menggunakan nisbah pacuan akhir yang berlainan (11:1 dan 15:1), membolehkan agihan tork yang lebih cekap di laluan ekstrem.


Recon dimuatkan dengan kunci pembeza (differential) belakang yang dikawal secara elektronik dan gandar hadapan yang boleh diputuskan secara automatik. Ciri pemutusan gandar hadapan ini membolehkan Recon beroperasi dengan sistem pacuan roda belakang (RWD) di jalan raya biasa, yang secara tidak langsung menjimatkan penggunaan tenaga.


Recon menggunakan gabungan suspensi hadapan jenis short-long arm dan belakang integral link sebagai ciri standard. Selain itu, model ini turut dilengkapi ciri Selec-Speed Control berkelajuan rendah dan hadir dengan aplikasi khas Trails Offroad. 


Versi Lebih Agresif & Ranggih, Moab, Ditawarkan


JeepReconMoab-(16).jpgJeepReconMoab-(8).jpg


Dalam versi Moab, Recon dinaik taraf dengan tayar off-road 33 inci, selain mendapat mod pemanduan Rock tambahan serta grafik bonet khas yang anti-silau.


Model ini ditawarkan dalam versi lebih ranggi dan lasak, Moab, yang hadir dengan beberapa ciri tambahan yang menjadikannya lebih ‘gagah’ menempuhi perjalanan ekstrem. Antara elemen yang berbeza pada versi ini ialah kehadiran tayar khas off-road berukuran 33 inci, mod pemanduan Rock dan grafik anti-silau pada bonet yang boleh disempurnakan lagi dengan pemasangan rel bada bahagian sisi bawah jentera (side rock rail). 


Secara standard, sentuhan Wrangler diberikan pada Recon melalui penggunaan pintu, cermin suku belakang dan cermin pintu but belakang semuanya boleh ditanggalkan tanpa menggunakan sebarang peralatan. Tayar ganti bersaiz penuh turut dipasang pada pintu but belakang.


Kabin Beraura Off-Road


JeepReconMoab-(21).jpg


Kabin Recon mempamerkan sentuhan lasak yang menyerupai Wrangler, dengan pemegang tangan penumpang yang agak besar, instrumen digital 12.3 inci dan skrin sentuh infotainmen gergasi 14.5 inci.


Sistem infotainmennya dipadankan dengan sistem audio Alpine yang merangkumi pembesar suara di bawah tempat duduk. Kabin ini menggunakan permukaan bertekstur vortex yang tahan kesan calar dan pelbagai lagi bahan lasak lain. 


Sebagai kenderaan 4x4 bersaiz besar, Recon menawarkan ruang but yang luas dengan kapasiti maksimum 1,866 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat, serta ruang simpanan hadapan (frunk) 85 liter.


JeepReconMoab-(17).jpgJeepReconMoab-(18).jpgJeepReconMoab-(24).jpg

Versi Moab diberikan motif kabin ‘Joshua Tree’ yang unik.


Harga Jualan Jeep Recon 


Jeep Recon 2026 akan dikeluarkan di kilang yang terletak di Toluca, Mexico. Harga jualannya untuk pasaran Amerika Utara bermula daripada AS$65,000 (kira-kira RM269,620), menjadikan harganya hampir serupa dengan Wagoneer S.


Pengeluaran versi pacuan sebelah kanan (RHD) untuk pasaran United Kingdom dan Autralia kini dalam perancangan syarikat. 

JeepReconMoab-(3).jpg

Tag:

2026 Jeep Recon
Jeep Recon EV
Jeep Wrangler
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

19-11-2025
EV

19-11-2025
Berita Auto

07-03-2024
Global

22-08-2023
Berita Auto

Jeep Wrangler 4xe: Jeep Elektrik Yang Serba Canggih

Perkenalkan Jeep Wrangler 4xe sports serba baharu yang berkuasa tinggi, efisien, dikuasakan oleh elektrik dan semestinya mesra alam. Sememangnya futuristik!

24-06-2021

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026