Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

RTS Link JB-Singapura Bakal Siap Dis 2026, Mula Operasi Jan 2027

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Pengangkutan mengesahkan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura  dapat disiapkan mengikut jadual selepas struktur bangunan ketiga-tiga komponen utama projek berkenaan siap sepenuhnya.

Menterinya, Anthony Loke, berkata susulan itu set tren RTS sudah boleh dihantar ke salah satu komponen iaitu Depoh Wadi Hana bermula pertengahan bulan ini sebelum ujian percubaan pertama boleh dimulakan dijangka pertengahan Disember depan.

"Setakat kini, semua kerja pembinaan projek RTS Link adalah pada landasan yang betul dengan struktur bangunan Stesen Bukit Chagar dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQC) dapat disiapkan sepenuhnya mengikut jadual ditetapkan.

"Ini lawatan kali pertama ke tapak ini kerana sebelum ini kita tidak boleh naik kerana strukturnya belum disiapkan. Sukacita saya ingin melaporkan kepada orang ramai bahawa struktur Stesen Bukit Chagar dan ICQC ini sudah siap sepenuhnya dan kita boleh naik sehingga ke tingkat tiga iaitu aras platform atau trek tren.

image.png

"Sekarang ini kita sedang tunggu tren RTS siap dan tiba di Depoh Wadi Hana pada pertengahan November... jadi dalam pertengahan Disember, orang ramai akan dapat lihat pergerakan tren ini untuk percubaan fasa pertama," katanya.

Bagaimanapun, tren berkenaan belum boleh mengambil penumpang kerana masih banyak proses perlu dilaksanakan termasuk integrasi sistem dan ujian lain perlu dibuat sebelum ia dibuka untuk operasi.

Mengulas perkembangan kerja pembinaan tiga komponen utama RTS itu, beliau berkata masing-masing kini sudah mencecah lebih 70 peratus.

"Bagi Depoh Wadi Hana, sudah mencecah 91 peratus siap daripada keseluruhan kerja pembinaan, manakala Stesen Bukit Chagar mencecah 73 peratus dan ICQC mencecah 76.8 peratus.

"Kita akan cuba sedaya upaya memastikan projek ini siap menjelang Disember 2026 dan boleh mula operasi pada Januari 2027," jelasnya.

Gallery

Tag:

Johor Bahru-Singapore Rapid Transit System (RTS)
Ministry of Transport (MOT)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Johor Cadang RTS Kedua Hubungkan Tuas - Iskandar Puteri , Kukuhkan Lagi Hubungan Ekonomi

Kerajaan negeri Johor mencadangkan supaya sistem pengangkutan baharu dikenali sebagai Rapid Transit System 2 (RTS2) dihubungkan dari Tuas ke Iskandar Puteri.

01-08-2025
Berita Auto

Tambang RTS Link Belum Didedah Kerana Masih Dalam Kajian

RTS dijadualkan siap menjelang Disember 2026 dan beroperasi awal 2027.

30-06-2025
Berita Auto

Pembinaan RTS Link Ikut Jadual, Bakal Dibuka 2 Tahun Lagi

Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual.

13-12-2024
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Raba Penumpang, Lesen Pemandu Grab Dibatalkan

Loke telah mengarahkan JPJ membatalkan lesen pemandu Grab terbabit.

03-02-2026
Berita Auto

Perhatian Pemandu Malaysia, Bermula 1 Feb, Tiada Lagi Slip Cukai Jalan Bercetak

Mulai 1 Februari 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan tidak akan lagi mengeluarkan slip road tax bercetak bagi kenderaan persendirian milik warganegara Malaysia.

27-01-2026
Berita Auto

Institut Memandu Tidak Bergantung Dengan Kereta Manual Proton, Perodua

Kementerian Pengangkutan menyifatkan pelaksanaan latihan dan ujian memandu di insitusi memandu tidak terikat kepada penggunaan kereta manual keluaran tempatan sahaja.

22-12-2025
Berita Auto

Perhatian! Kamera Awas Akan Dipasang Di 10 Lokasi, Tujuan Bukan Untuk Perangkap Pemandu Tetapi Demi Keselamatan

Kementerian Pengangkutan akan menambah 10 lagi lokasi pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) pada tahun hadapan.

15-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026