- Berita
- Global
- Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Selepas imej teaser disiarkan pada minggu ini, Kia kini telah memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.
Model itu didedahkan sempena ulang tahun ke-80 Kia di Korea Selatan.
Melihat bahagian luarannya, model konsep baharu ini menampilkan rekaan yang sangat tajam dan radikal namun rekaan itu mungkin tidak akan digunakan pada model produksi sebenar.

Vision Meta Turismo sebenarnya membawa falsafah reka bentuk Opposites United Kia ke tahap maksimum, dengan bahagian hadapannya menampilkan “shark nose” yang membuatkan ia muncung ke depan dan ia dipadankan dengan lampu LED bersegi dan liang udara yang agak tirus.

Menjengah bahagian hadapannya, bonetnya agak manakala bar lampu depannya memanjang sehingga dan kamera pandangan sisi pula adalah digital.
Pendek kata, rekaan itu membuatkan ia cukup futuristik dan bergaya.
Seperti yang diperlihatkan dalam teaser, konsep ini menampilkan profil sisi sporty yang seakan sama dengan supercar enjin tengah disebabkan garisan bumbungnya dengan bumbung kaca unik, overhang pendek, dan jarak roda yang panjang.

Ia juga hadir dengan pintu bersegi, fender belakang yang berotot, garisan tepi yang melengkung dan dipadankan dengan rim aero.
Bagaimanapun, bahagian belakangnya merupakan bahagian paling konservatif kerana dilengkapi dengan lampu belakang LED berbentuk boomerang seperti pada EV Kia moden, ditambah dengan aksen hitam kontras pada bampar belakang serta spoiler belakang.

Malangnya, bahagian kabinnya tidak didedahkan.
Begitupun, Vision Meta Turismo dikatakan akan menerima paparan head-up augmented reality (AR-HUD) yang intuitif yang membolehkan pemandu melihat “grafik maya seolah-olah terapung di atas jalan dalam bentuk tiga dimensi,” stereng gaya yoke, serta tempat duduk pemandu gaya bucket dengan kawalan ala-joystick di perehat tangan dan banyak lagi.

Walaupun pihak pengeluar tidak menjelaskan fungsi joystick tersebut, ketua reka bentuk Kia, Karim Habib, berkata bahawa kereta konsep ini merupakan “ungkapan komitmen Kia untuk terus menghasilkan mobiliti dan pengalaman berteknologi maju yang mampu memikat, merangsang, dan memberi inspirasi kepada orang ramai.

Seperti dijangka, tiada maklumat lanjut didedahkanmengenai rangkaian kuasanya namun dengan bentuk badannya yang radikal, Vision Meta Turismo berkemungkinan digerakkan oleh sistem elektrik sepenuhnya.
Apapun, buat masa ini, masih belum dapat disahkan sama ada ia akan menjadi model produksi sebenar, atau mungkin menjadi pengganti Stinger GT.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/