Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lagi Kes Minyak Campur Air Di Stesen Minyak Sama

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang lelaki mendedahkan isterinya menjadi mangsa selepas kereta dinaiki rosak teruk selepas mengisi petrol didakwa bercampur dengan air di sebuah stesen minyak di Nilai.

Menerusi hantaran di akaun Thread @Sifugoogleads, dia berkata akibat kejadian itu, kereta isterinya terpaksa ‘berkampung’ di bengkel selama hampir tiga minggu.

Katanya, kerosakan bermula sebaik sahaja isterinya mengisi minyak di sebuah stesen di Nilai sebelum kereta mula tersedu-sedu kurang dua kilometer dari pam minyak dan terus mati di tepi jalan.

Kenderaan itu kemudian dihantar ke pusat servis sebelum mekanik mengesahkan ada campuran air dalam minyak yang menyebabkan masalah pada enjin.

“Masuk pusat servis, pomen cakap betul ada air dalam minyak. Tapi sebelum tu pomen tanya betul ke isi RON95? Bukan diesel?

“Haa disinilah mujur abang simpan resit. Betul ya RON95 dan jadi bukti kuat yang kereta rosak sebab isi minyak,” katanya.

Susulan itu, pemilik berkenaan membuat laporan di stesen minyak terbabit dan dimaklumkan sudah 19 orang datang membuat tuntutan kerosakan dengan punca sama.

“Pergi buat laporan kat stesen, rupanya dah 19 orang tuntut benda yang sama. Pemilik stesen pula nak bayar sebahagian saja,” dakwanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan satu lagi kejadian tular apabila seorang wanita mendakwa keretanya mati di tengah jalan selepas mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Nilai, sebelum mekanik mengesahkan tangki minyak dipenuhi air.

Ketika itu difahamkan, hampir 10 pemilik kenderaan tampil membuat laporan dan tuntutan pampasan, manakala stesen terbabit ditutup untuk kerja penyelenggaraan.


Berita: KOSMO





Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026