Link Copiedcheck_circle
EV

Nissan Ariya Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia Sebaliknya Di Jepun

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nissan Ariya EV versi facelift membuat penampilan rasminya di Jepun, baru-baru ini.

Seperti mana yang ditunjukkan dalam imej teaser sebelum ini, SUV EV yang dikemas kini ini menerima beberapa perubahan dari segi reka bentuk, termasuk penambahbaikan dalam kabinnya  serta kemas kini dari segi mekanikal.

Perubahan paling ketara pada Ariya baharu terletak pada bahagian luaran, di mana SUV EV ini kini menampilkan wajah hadapan yang direka semula dengan rekaan hadapan yang lebih bersih tanpa gril, serta bampar hadapan yang dibentuk semula. 

image.pngimage.png

Bagi menampakkan ia lebih segar, Nissan mengambil inspirasi reka bentuk daripada Leaf EV baharu, khususnya lampu LED DRL berbentuk seakan-akan taring yang memanjang dari unit lampu utama LED.

Walaupun selebihnya kenderaan ini kekal tidak berubah berbanding model pra-facelift, Ariya baharu hadir dengan rim aloi 20 inci baharu yang diperbuat daripada gabungan bahan aluminium.

image.pngimage.png

Selain itu, pembeli juga boleh memilih SUV EV ini dengan pilihan warna baharu Hisuinohikari, yang menggabungkan warna badan Plasma Green yang berani bersama warna  Midnight Black yang kontras.

Menjengah bahagian kabinnya, Ariya yang dikemas kini mengekalkan susun atur dalaman yang sama seperti model terdahulu, namun dilengkapi dengan beberapa ciri material baharu.

Antaranya, sistem infotainmen NissanConnect yang dinaik taraf, kini beroperasi menggunakan seni bina perisian Google.

Ia kini terdiri daripada Navi-Link Battery Conditioning dan Intelligent Distance Control, selain  perkhidmatan Google sedia ada.

image.pngimage.png

Pereka Nissan turut menambah pilihan kemasan kulit baharu yang menampilkan tona hijau lembut dengan elemen kelabu cerah, bagi memberikan suasana kabin yang lebih tenang dan minimalis.

Dari segi mekanikal, Ariya facelift spesifikasi Jepun masih mengekalkan rangkaian trenkuasa yang sama seperti model sebelumnya, iaitu pilihan motor tunggal pacuan roda hadapan (FWD) serta dwi-motor e-4ORCE pacuan semua roda (AWD).

Versi e-4ORCE ini menghasilkan kuasa sehingga 389 hp (290 kW) dan tork 600 Nm.

Nissan juga mengekalkan pilihan bateri sedia ada berkapasiti 66 kWh (B6) dan 91 kWh (B9), dimana ia mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 640 km berdasarkan piawaian WLTC.

image.png

Apa yang ditambah baik untuk Ariya baharu ialah talaan suspensi, yang telah dioptimumkan khusus untuk keadaan jalan di Jepun, dengan penekanan tambahan terhadap keselesaan bagi menghasilkan pengalaman pemanduan yang lebih tenang.

image.png

Dikhabarkan, model  tahun 2026 ini turut melibatkan versi lebih sporty, iaitu Ariya Nismo. Namun, ia tidak menerima perubahan visual kecil seperti versi biasa, sebaliknya hanya mendapat penambahbaikan kabin yang sama.

Nissan Ariya facelift 2026 yang dikemas kini dijual pada harga bermula 6.6759 juta yen (RM173,759) untuk varian asas B6 FWD, dan 8.0729 juta yen (RM210,120) bagi varian tertinggi B9 e-4ORCE.

Bagaimanapun, harga bagi Ariya Nismo yang dikemas kini akan diumumkan pada masa terdekat.

Gallery

Tag:

Nissan Ariya EV
Nissan Ariya Facelift
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Dilancar: Nissan Leaf 2026, Badan Mantap, Bikin Geram, 214 HP, Sekali Cas Boleh Pergi Setakat 488KM

Selepas beberapa teaser dan pengumuman sebelum ini, Nissan Leaf generasi ketiga akhirnya dilancarkan secara rasminya baru-baru ini.

19-06-2025
EV

Nissan Ariya Nismo, EV Paling Padu?

Nissan Ariya Nismo turut didedahkan sempena TAS 2024, baru-baru ini

16-01-2024
Global

Ini Dia Nissan Ariya Facelift 2026 – Lebih Moden & Canggih

Nissan baru-baru ini telah mendedahkan imej Nissan Ariya facelift yang akan membuat kemunculan rasmi buat pertama kali di Tokyo Mobility Show pada 30 Oktober nanti.

14-10-2025

Berita Terkini

EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026