Link Copiedcheck_circle
Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Sofea Najmi

Kongsi melalui

251217-01_01_Z_1_NISMO_chartEXT_Fr.jpg


Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk model Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.


Nissan-Z-Nismo-1.jpgNissan-Z-Nismo-4.jpgNissan-Z-Nismo-11.jpgNissan-Z-Nismo-12.jpgNissan-Z-Nismo-13.jpgNissan-Z-Nismo-18.jpg


Sebelum ini, ramai peminat hampa apabila varian Nismo hanya ditawarkan dengan pilihan transmisi automatik 9 kelajuan. Namun, mendengar permintaan ramai, Nissan akhirnya ‘menunaikan hajat’ mereka yang mahukan pemanduan lebih mengujakan dan kawalan penuh terhadap jentera ikonik ini.


Apa Yang Menarik Mengenai Nissan Z Nismo Versi Manual Ini?


251217-01_01_Z_2_NISMO_chartINP.jpg


Varian Nismo yang ditala khusus ini bukan sekadar tentang sistem trasmisi yang ditawarkan, tetapi tentang kepuasan pemanduan yang sebenar. Model yang digerakkan oleh ‘jantung’ berkuasa tinggi, 3.0 liter V6 turbo kembar 420 hp/510 Nm ini akan dipadankan dengan sistem transmisi 6 kelajuan yang menjanjikan "sensasi pemanduan yang lebih mengujakan".


Adakah Terdapat Model Baharu Lain Yang Bakal Muncul Di TAS 2026?


251217-01_03_LEAF_AUTECH.jpg251217-01_02_X-TRAIL_rockcreek_multibed_wildplay.jpg251217-01_00_NISMO.jpg


Nissan nampaknya tidak mahu sekadar membawa "Z" sahaja. Tapak pameran Nissan di TAS 2026 nanti bakal dimeriahkan dengan beberapa model konsep gempak yang lain seperti:

  • Nissan Leaf Autech: Versi lebih sporty bagi EV generasi terbaru Nissan.
  • X-Trail Rock Creek "Wildplay": SUV yang diubah suai khas untuk peminat aktiviti perkhemahan dan aktiviti outdoor.
  • Ikon Super GT: Kereta lumba Motul Autech GT-R 2016 yang asal turut akan dipamerkan sebagai penghormatan kepada persaraan pelumba lagenda Nissan, Tsugio Matsuda.
  • Nissan March 'Stick-Shift': Sebuah model kompak March yang telah diubahsuai sepenuhnya dan dipadankan dengan transmisi manual.
  • Misteri Konsep Nismo: Model yang baru sahaja diberikan bayangan (teaser), kereta konsep Nismo misteri. Segalanya akan terjawab semasa sidang media pada 9 Januari 2026

Benarkah Nissan Z Juga Akan Muncul Dalam Versi Facelift 2026?


Nissan-FairladyZ-2025MY-Japan-17.jpg


Selain berita kemunculan Z Nismo versi MT, Nissan turut mengesahkan model standard Nissan Z akan menerima kemas kini pertengahan hayat atau facelift pada tahun 2026.


Model ini dijangka akan membuat kemunculan rasmi di Jepun pada pertengahan tahun hadapan. Selain perubahan kosmetik luaran, Nissan membayangkan akan ada peningkatan dari segi teknikal dan spesifikasi, walaupun perinciannya masih dirahsiakan buat masa ini.


Nissan-FairladyZ-2025MY-Japan-16.jpg

Tag:

Nissan
Nissan Z
Nissan Z Nismo
Nissan Fairlady Z
Nissan Z Nismo MT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025
Global

Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026

Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.

18-12-2025
Global

Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800

Nissan Frontier Pro sudah menembusi pasaran China, baru-baru ini.

28-11-2025
Global

Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang

Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.

20-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini

Nissan bakal melancarkan Navara generasi terbaru dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 19 November ini, menandakan berakhirnya lebih satu dekad tanpa sebarang perubahan besar.

16-10-2025
Global

Ini Dia Nissan Ariya Facelift 2026 – Lebih Moden & Canggih

Nissan baru-baru ini telah mendedahkan imej Nissan Ariya facelift yang akan membuat kemunculan rasmi buat pertama kali di Tokyo Mobility Show pada 30 Oktober nanti.

14-10-2025
Global

Nissan GT-R R35 Ditamatkan Pengeluaran Tanpa Pengganti

Nissan secara rasmi mengumumkan pengeluaran unit terakhir Nissan GT-R R35 di kilang Tochigi, Jepun.

29-08-2025

Berita Terkini

Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026
Global

Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji

Imej intipan terbaru mendedahkan bahawa Mercedes-Benz kini sedang giat menguji model yang digelar sebagai ‘baby G-Class’.

23-02-2026