Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Operasi Rel, Bas, Van Rapid KL Dilanjutkan Sempena Ambang Tahun Baharu 2026

Sofea Najmi

Kongsi melalui

image.png


Dah bersedia untuk ‘healing’ sambil melihat pertunjukan bunga api di ambang tahun baharu 2026 Rabu ini? Anda tidak perlu pening kepala memikirkan kesesakan jalan raya atau harga e-hailing yang melambung tinggi.


Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) secara rasmi mengumumkan lanjutan waktu operasi perkhidmatan rel dan bas Rapid KL bagi memastikan warga kota dapat pulang ke rumah dengan selamat dan teratur selepas tamat sambutan gilang-gemilang tersebut.


Pukul Berapa Pengangkutan Awam Terakhir Akan Beroperasi Pada Malam Ambang Tahun Baharu?


image.png


Bagi memastikan orang ramai sempat pulang, waktu operasi pengangkutan awam dilaraskan seperti berikut:

  • Perkhidmatan Rel (LRT, MRT & Monorel): Dilanjutkan sehingga jam 2:00 pagi (1 Januari 2026).
  • Bas Rapid Transit (BRT) & Bas Rapid KL: Beroperasi lebih lewat sehingga jam 2:30 pagi.
  • Rapid KL On-Demand (ROD): Turut dilanjutkan sehingga jam 2:30 pagi melibatkan 9 zon terpilih.

Stesen LRT, MRT dan Monorel Mana Yang Dibuka Sehingga Lewat Malam?


Walaupun semua stesen boleh digunakan untuk keluar, hanya 20 stesen utama ini sahaja yang dibenarkan untuk penumpang masuk selepas waktu operasi biasa:

  • LRT Laluan Kelana Jaya: KLCC, Ampang Park, Kampung Baru, Pasar Seni, Masjid Jamek dan USJ 7.
  • LRT Laluan Ampang/Sri Petaling: Masjid Jamek, Hang Tuah dan Maluri.
  • MRT Laluan Kajang: Bukit Bintang, Pasar Seni, TRX, Maluri, Mutiara Damansara dan Cochrane.
  • MRT Laluan Putrajaya: TRX, Persiaran KLCC dan Ampang Park.
  • Monorel: Bukit Bintang dan Hang Tuah.
  • BRT Laluan Sunway: Semua 7 stesen (Sunway-Setia Jaya hingga ke USJ7) dibuka hingga 2:30 pagi.


Adakah Kekerapan Tren Akan Ditambah Bagi Mengelakkan Kesesakan?


Ya! Anda tidak perlu menunggu lama di platform. Rapid KL akan mempertingkatkan kekerapan tren di semua laluan rel bermula jam 7:30 malam (31 Disember) sehinggalah tamat waktu operasi pada jam 2:00 pagi. Lebih 3,000 petugas, termasuk Polis Bantuan dan kakitangan operasi, akan dikerahkan untuk menjaga keselamatan dan kelancaran pergerakan penumpang.


Juga Menarik: Pelarasan Harga Pas Perjalanan Rapid KL Mulai 1 Januari 2026


Bagaimana Pula Dengan Perkhidmatan Bas Dan Rapid KL On-Demand (ROD)?


image.png


Untuk anda yang tinggal jauh dari stesen rel, jangan risau. Sebanyak 21 laluan bas utama dan perantara akan beroperasi hingga 2:30 pagi. Antara laluan tumpuan termasuk:

  • Laluan 173: Taman Jasa Utama - Lebuh Ampang.
  • Laluan 190: Desa Sri Hartamas - Lin Ho Jalan Lekiu.
  • Laluan 250: Stesen LRT Wangsa Maju - Lebuh Ampang.

Pengguna disarankan untuk mengukuti laman sosial rasmi Rapid KL dan muat turun aplikasi MyRapid PULSE untuk info terkini. 


Sumber: RTM


Tag:

Tahun Baharu
Tahun Baharu 2026
Pengangkutan Awam
Rapid KL
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Rapid KL Lanjut Operasi Sehingga 1.30 Pagi

Rapid KL akan melanjutkan operasi rel dan bas di beberapa lokasi terpilih pada Ahad ini.

29-12-2023
Berita Auto

Projek Tram Putrajaya 'Bungkus'! Kos RM212 Juta Terlalu Mahal

Harapan warga Putrajaya untuk melihat sistem Transit Aliran Automatik (ART) atau tram tanpa rel beroperasi di pusat pentadbiran negara nampaknya terkubur.

10-02-2026
Berita Auto

Anthony Loke Cadang Kurangkan Parkir Projek Perumahan Berhampiran Stesen LRT

Anthony Loke cadang pemaju kurangkan petak parkir bagi projek TOD. Langkah ini diharap dapat kurangkan kos rumah dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

08-12-2025
Berita Auto

Tiada Rancangan Caj Masuk Bandar Buat Masa Ini, Risau Bebankan Rakyat – PMX

Kerajaan tidak merancang untuk mengenakan caj terhadap kenderaan persendirian yang memasuk kawasan bandar buat masa ini seperti yang dilaksanakan di beberapa negara lain.

30-09-2025
Berita Auto

Prasarana Rancang Pasang Pintu Penghadang Di Platform LRT, Elak Insiden Jatuh

Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berulang, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kini sedang merancang untuk memasang pintu keselamatan di platform stesen Transit Aliran Ringan (LRT) lama.

08-08-2025
Berita Auto

Operasi LRT3 Shah Alam Ditangguhkan Hingga Hujung Oktober

Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam berkemungkinan tidak dapat memulakan perkhidmatan seperti dijadualkan pada 30 September 2025.

04-08-2025
Berita Auto

Prasarana Tambah 310 Bas Diesel Sementara Tunggu Bas Elektrik

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) semalam telah melancarkan 310 bas diesel baharu di bawah Program Penggantian Bas 2025.

15-07-2025
Berita Auto

Satu Perjalanan Pengangkutan Awam Boleh Kurangkan 300 Kenderaan, - Kata Menteri

Satu perjalanan pengangkutan awam dapat mengurangkan sebanyak 300 kenderaan di jalan raya, sekali gus mengurangkan kesesakan di kawasan sibuk.

05-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026