Link Copiedcheck_circle
Global

Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, butiran lanjut mengenai varian hibrid plug masuk (PHEV) Lotus Eletre sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.

Ia yang dikenali sebagai sebagai Lotus Eletre “For Me” dikatakan bakal menjadi model PHEV pertama jenama itu, dimana  pelancaran akan dibuat  pada suku pertama tahun 2026.

Menurut laporan CarNewsChina, Eletre PHEV  menggunakan platform 900-volt baharu yang sama seperti Zeekr 9X. 

Dikhabarkan,  Eletre PHEV menggunakan pek bateri ternari NMC 70 kWh yang dibangunkan bersama CATL. Untuk itu, ia  mampu memberikan jarak pandu elektriknya sejauh 355 km  berdasarkan piawaian CLTC.

image.png

Model ini disumbat dengan enjin turbo 4-silinder 2.0 liter yang sama seperti pada Zeekr 9X yang mana ia, mampu menghasilkan sehingga 275 hp (205 kW).

Selain menyalurkan kuasa tambahan, enjin tersebut juga boleh bertindak sebagai penjana kepada bateri, dimana Geely mendakwa  baterinya boleh dicas dari 30% ke 80%  hanya dalam masa 90 minit ketika memandu pada kelajuan sehingga 120 km/j.

image.png

Walaupun tiada butiran diberikan mengenai konfigurasi motor elektriknya, Eletre PHEV berkemungkinan akan menggunakan motor yang sama seperti model Zeekr.

Untuk makluman, Zeekr 9X Hyper versi tertinggi menampilkan tiga motor elektrik dengan gabungan output sehingga 1,381 hp (1,030 kW), sekali gus mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j, kurang daripada tiga saat.

image.png

Secara visual, imej awal menunjukkan bahawa Eletre PHEV mengekalkan elemen reka bentuk yang sama seperti versi BEV kerana ia hadir dengan spoiler belakang, gril hadapan aktif dengan liang berbentuk kelopak, dan banyak lagi.

Imej tersebut juga menunjukkan bahawa Eletre PHEV akan dilengkapi sistem LiDAR  pada bumbung, manakala tertera lencana “For Me” pada pintu belakang yang mana ia membantu membezakannya daripada versi EV.

Seperti disebutkan, Lotus Eletre PHEV akan membuat penampilan global di China pada suku pertama tahun depan, sebelum memasuki pasaran Eropah pada separuh pertama 2026.

Pengenalan varian PHEV ini merupakan sebahagian daripada perancangan transformasi Lotus untuk memperkenalkan varian PHEV pada semua modelnya menjelang tahun 2028.

Gallery

Tag:

Lotus
Lotus Eletre
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Lotus Eletre & Emeya Model 2026 Diperkenalkan – 2 Varian Baharu, Capai 905 HP!

Lotus bersiap sedia untuk melancarkan model tahun 2026 (2026 MY) bagi SUV elektrik Eletre dan sedan elektrik Emeya tidak lama lagi

04-04-2025
EV

EV Sporty, Lotus Emeya, Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Lotus secara rasmi telah melancarkan sedan EV GT mereka ke pasaran Thailand, Lotus Emeya.

29-03-2024
EV

Ujian & Pembangunan Lotus Emeya EV Kini Berakhir – Sah Boleh Lalu Pelbagai Cuaca Ekstrem

Kini ujian dan pembangunan Lotus Emeya EV telah berjaya diselesaikan.

14-02-2024
EV

Cas 5 Minit Dapat 140 KM! Lotus Perkenal Pengecas EV Ultra-Pantas

Lotus perkenal sistem pengecas DC ultra-pantas dengan kapasiti pengecasan antara yang tertinggi di dunia.

30-11-2023
EV

Lotus Emeya Power Habis, Ada Kuasa 905 HP

Lotus akhirnya mendedahkan sedan elektriknya, Lotus Emeya.

08-09-2023
Kereta Baru

Harga Emira, "Semanis" Namanya.

Emira i4 sudah boleh ditempah mulai hari ini.

23-08-2023
Kereta Baru

Emira: Harga Bermula RM1.1 Juta

Emira baru sahaja dilancarkan di Malaysia

08-04-2022
Kereta Baru

Bagi Meneruskan Legasi Dunia Permotoran, Lotus Melancarkan Emira GT4

Emira GT4 ini menggantikan Evora GT4 yang pernah merangkul beberapa gelaran juara perlumbaan.

27-10-2021

Berita Terkini

Global

Ora Good Cat Kini Tinggal Kenangan Di Thailand – Malaysia Bakal Terima Nasib Yang Sama?

Berita mengejutkan datang dari negara jiran utara kita. GWM Thailand dilaporkan telah menghentikan pengeluaran dan jualan model EV popular, Ora Good Cat

04-02-2026
Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global

Mercedes-Benz S-Class (W223) Facelift Kini Lebih Hebat! Enjin V8 Terbaru & Teknologi AI

Selepas hampir enam tahun mendominasi pasaran limosin mewah dunia, Mercedes-Benz akhirnya mendedahkan wajah baharu bagi model S-Class (W223) Facelift.

30-01-2026
Global

Honda Prelude Lancar Di Indonesia – Terhad, Dari RM240K, Malaysia Seterusnya?

Indonesia nampaknya 'memintas' jiran-jiran di rantau ASEAN apabila secara rasmi melancarkan Honda Prelude generasi keenam.

28-01-2026
Global

Chery China Panggil Semula Tiggo 7 & Jaecoo J7, Versi Malaysia Selamat

Gergasi automotif China, Chery, baru-baru ini telah mengumumkan pemanggilan semula sebahagian kecil unit dua model SUV.

27-01-2026
Global

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global

Pengeluaran Pertama Geely EX2 Bermula Di Indonesia

Pemasangan tempatan (CKD) bagi Geely EX2 yang dikatakan sebagai ‘kembar’ kepada Proton e.MAS 5 dan dipasarkan sebagai Geely Xingyuan di China telah pun bermula di Indonesia, baru-baru ini.

23-01-2026
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026