Link Copiedcheck_circle
EV

Geely Xingyuan Antara Kenderaan Paling Laris Tahun Lepas

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Susulan kejayaannya pada separuh pertama tahun 2025, Geely Xingyuan dinobatkan sebagai kenderaan tenaga baharu (NEV) penumpang paling laris di China pada tahun lepas.

Hatchback EV kompak ini, yang turut menjadi model asas kepada EV paling mampu milik di Malaysia iaitu Proton e.MAS 5, berjaya menewaskan pesaing terdekat seperti Wuling Hongguang Mini EV di tempat kedua dan Tesla Model Y di tempat ketiga untuk merebut gelaran  tersebut, dengan jumlah jualan mencecah 465,775 unit sepanjang tahun 2025.

Seperti yang dilaporkan oleh CarNewsChina berdasarkan data jualan runcit kenderaan di China bagi tahun 2025, Wuling Hongguang Mini EV di tempat kedua mencatatkan jumlah jualan sebanyak 435,599 unit, manakala Tesla Model Y berada rapat di tempat ketiga dengan 425,337 unit.

Tiga kedudukan seterusnya didominasi oleh gergasi NEV, BYD, dengan model Qin Plus, Seagull dan Qin L masing-masing berada di tempat keempat, kelima dan keenam dengan jualan 387,315 unit, 310,956 unit dan 264,671 unit.

image.pngimage.png

Dua lagi model BYD turut tersenarai dalam sepuluh teratas, iaitu Seal 06 di tempat kelapan dengan 220,317 unit dan Song Plus di tempat kesepuluh dengan 200,276 unit.

image.pngimage.png

Melengkapkan senarai sepuluh teratas ialah Xiaomi SU7 di tempat ketujuh dengan 258,164 unit dan Tesla Model 3 di tempat kesembilan dengan 200,361 unit. Kesemua model dalam senarai sepuluh teratas ini mencatatkan angka jualan melebihi 200,000 unit.

Selain Xiaomi SU7, antara model daripada syarikat pemula NEV China yang berjaya menembusi senarai 20 teratas ialah Xpeng dan Li Auto.

image.png

Xpeng Mona M03 yang berharga mampu milik berada di tempat ke-13 dengan 175,345 unit terjual pada 2025, manakala Li Auto L6 di tempat ke-14 dengan 166,516 unit. Sementara itu, SUV Xiaomi YU7 berada di kedudukan lebih rendah berbanding versi sedan kembarnya, iaitu di tempat ke-18 dengan 153,673 unit.

Selain Geely Xingyuan yang menduduki tempat teratas, satu lagi model Geely yang tersenarai dalam 20 teratas ialah Geely Galaxy Panda, dengan EV bergaya kereta kei ini berada di tempat ke-16 dengan jualan sebanyak 162,098 unit.

Kembali kepada Xingyuan, EV hatch paling laris ini dijual pada harga bermula  69,800 yuan (RM40,639) di pasaran tempatan China, menjadikannya antara NEV paling mampu milik yang ditawarkan di negara tersebut.

image.png

Dua spesifikasi rangkaian kuasa ditawarkan untuk pasaran China, dengan varian tertinggi menampilkan susunan motor pacuan roda belakang (RWD) yang lebih berkuasa, menghasilkan 114 hp (85 kW) dan 150 Nm, manakala pek bateri 40.16 kWh membolehkannya mencapai jarak pemanduan sehingga 410 km mengikut kitaran CLTC.

Sebagai perbandingan, kembar berjenama Proton iaitu Proton e.MAS 5 ditawarkan pada harga RM59,800 (RM56,800 dengan rebat) bagi varian asas Prime, manakala varian tertinggi Premium dijual pada harga RM72,800 (RM69,800 dengan rebat).

Gallery

Tag:

Geely Xingyuan
Geely Xingyuan EV
NEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Versi Facelift Muncul Di China, Apa Yang Berbeza?

Geely EX2/Xingyuan terima kemas kini kecil di China selepas mengungguli carta jualan EV 2025. Perubahan ketara melibatkan kabin, kedudukan gear dan logo. Adakah e.MAS 5 CKD Malaysia akan terima naik taraf sama?

28-11-2025
Kereta Baru

BYD Sealion 6 DM-i Mungkin Tiba Di Malaysia? – BYD Kongsi Teaser Nombor '6'

Pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan bakal dimeriahkan dengan kehadiran model terbaru tidak lama lagi setelah BYD Cars Malaysia memuat naik video teaser penuh misteri.

04-09-2025
Global

Chery Terus Dominasi Eksport Kenderaan China, NEV Catat Lonjakan 125%!

Chery terus kukuh sebagai peneraju eksport automotif negara itu bagi suku pertama (Q1) 2025.

04-04-2025
Global

Dalam 5 Bulan, China Dah Eksport Lebih 2.45 Juta Kereta?

Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, China mencapai kemajuan luar biasa dalam pasaran automotif global.

25-06-2024
Berita Auto

Kilang Pengeluaran NEV Negeri Sembilan Mula Operasi 2025 Ini – CKD NETA, HIGER, YUTONG

NMSB tubuhkan kilang pertama di Malaysia bagi tujuan pengeluaran dan pemasangan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV). Operasi dijangka mula pada 2025.

12-01-2024
EV

BYD Capai Pengeluaran NEV Yang Ke-6 Juta Unit!

BYD mencatatkan peristiwa bersejarah apabila mencapai angka produksi melebihi enam juta dalam masa yang singkat.

27-11-2023
EV

GWM Hasil Teknologi E-Hibrid 4WD, Platform Hi4, Kuasa Elektrik Cecah 100KM!

Syarikat pengeluar kenderaan yang besar di China, Great Wall Motors (GWM), pada 10 Mac lalu telah mengadakan ‘Hari NEV Pintar’ untuk mendedahkan kepada umum pembangunan dan kemajuan terbaharu yang telah dibuat dalam bidang ini.

16-03-2023

Berita Terkini

EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026