Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jaecoo J7 Buatan Malaysia Dieksport Ke Brunei

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery Corporate Malaysia (Chery) telah memperluaskan usaha eksport pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Brunei, baru-baru ini.

Pihak Chery berkata,  bahawa ia telah mula mengeksport model Jaecoo J7 dan J7 PHEV yang dihasilkan di kilangnya di Shah Alam ke negara jiran, Brunei.

Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Men Lin Bo berkata, pasaran eksport merupakan tonggak utama dalam strategi pertumbuhan jangka panjang kami di rantau ASEAN.

"Kami amat berbesar hati untuk meneruskan momentum pertumbuhan ini dengan mengembangkan jangkauan jenama kami ke lebih banyak pasaran," katanya.

image.png

Negara tersebut, yang berjiran dengan negeri Sabah dan Sarawak di Malaysia Timur, menjadi pasaran eksport Asia Tenggara (ASEAN) kedua bagi sub-jenama kenderaan premium Jaecoo milik pengeluar automotif China itu  selepas Vietnam yang menjadi pasaran pertama pada Februari 2025.

Varian Jaecoo J7 2WD dihantar oleh Chery merentasi Laut China Selatan ke pasaran berkenaan, bersama versi elektrifikasinya, J7 PHEV (hibrid plug-in). Kedua-dua model ini mengekalkan spesifikasi yang sama seperti yang ditawarkan kepada pasaran Malaysia.

image.pngimage.png

“Susulan permulaan eksport ke Vietnam pada Februari 2025, kedudukan Brunei yang berdekatan serta potensi pasarannya menjadikannya langkah seterusnya yang logik dan penting

“Penghantaran awal JAECOO J7 ini membolehkan kami menilai penerimaan pasaran dan membina asas yang kukuh di Brunei. Usaha ini juga selari dengan strategi eksport jangka sederhana Chery yang mengutamakan pertumbuhan mampan,” ujar Naib Presiden Chery Corporate Malaysia, Cheng Nam Weng.


image.png

Vietnam dan Brunei sememangnya telah dikenal pasti sebagai pasaran eksport sasaran sejak Chery menubuhkan kilang CKD Shah Alam pada Jun 2024.

Syarikat itu turut menegaskan bahawa berikutan kedudukannya yang kukuh di Malaysia akan melebarkan sayapnya.

Men dan Cheng turut hadir dalam satu majlis ringkas yang diadakan di kilang berkenaan bagi menandakan permulaan penghantaran eksport model Jaecoo J7 dan J7 PHEV ke Brunei.

Gallery

Tag:

Jaecoo J7
Chery Jaecoo
jaecoo malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Chery China Panggil Semula Tiggo 7 & Jaecoo J7, Versi Malaysia Selamat

Gergasi automotif China, Chery, baru-baru ini telah mengumumkan pemanggilan semula sebahagian kecil unit dua model SUV.

27-01-2026
Berita Auto

Jaecoo J5 & J7 PHEV Jadi 'Kanvas Seni' Di LahLahLand 2025

Omoda | Jaecoo Malaysia mencuri perhatian umum di festival gaya hidup LahLahLand 2025 dengan pameran dua SUV gah, Jaecoo J5 dan J7 PHEV.

06-11-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 AWD Kini Dengan Pemijak Kaki 'Menyala' & Kotak Simpanan Ranggi Di Sisi

Omoda | Jaecoo Malaysia di bawah naungan Chery Auto Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan promosi istimewa bagi varian Jaecoo J7 AWD.

27-10-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV – Lebih 800 Pendaftaran Dicatatkan Dalam Empat Bulan

Jaecoo J7 PHEV kini menjadi peneraju teknologi dalam segmen SUV segmen C setelah mencatatkan lebih 800 pendaftaran sejak awal dilancarkan.

20-06-2025
Berita Auto

'Content Creator' & Golongan Profesional Boleh Beli Jaecoo J7 Dengan Diskaun Khas

Jenama kenderaan premium dari China, Jaecoo Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Program Rakan Profesional atau Professional Affiliates Programme (PAP).

06-05-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV Tiba Di Pusat Pengedaran Seluruh Malaysia – Penghantaran Bakal Bermula

Jaecoo Malaysia mengumumkan bahawa kumpulan pertama model Jaecoo J7 PHEV kini telah tiba di pusat jualan dan bilik pameran di seluruh negara,

18-03-2025
Kereta Baru

Jaecoo J7 PHEV Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 1,300 KM, Dari RM158,800

Jaecoo Malaysia hari ini secara rasmi telah melancarkan Jaecoo J7 PHEV.

28-02-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV Dilancarkan Bulan Ini – Pengeluaran Di Kilang CKD Shah Alam Sudah Bermula

Jaecoo J7 PHEV bakal dilancarkan tidak lama lagi, kemungkinan sebelum akhir bulan ini, perkara ini diumumkan oleh Jaecoo Malaysia.

13-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Raba Penumpang, Lesen Pemandu Grab Dibatalkan

Loke telah mengarahkan JPJ membatalkan lesen pemandu Grab terbabit.

03-02-2026
Berita Auto

Mitsubishi Xforce Dipasang Di Pekan, 800 Unit Dijangka Dihantar Pada April Ini

Pengeluaran Mitsubishi Xforce sudah pun dijalankan secara besar-besaran di kilang pemasangannya yang terletak di Pekan, Pahang.

03-02-2026
Berita Auto

Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial

Di sebalik trend permintaan yang semakin berkurang terhadap kenderaan diesel, Isuzu Malaysia membuktikan jenamanya tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

03-02-2026
Berita Auto

Tahniah, Petronas Buka Lebih 60 Stesen Minyak Di Brazil

PETRONAS telah membuka lebih 60 stesen minyak berjenama PETRONAS di Brazil, sekali gus terus mengukuhkan jenama Malaysia di persada antarabangsa.

03-02-2026
Berita Auto

Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.

03-02-2026
Berita Auto

Sasaran Tahun Ini: Proton Hasrat Jual 200,000 Unit Kenderaan

Proton meletakkan sasaran jualan sebanyak 200,000 unit pada tahun ini.

02-02-2026
Berita Auto

China 'Gila Kuasa'! Lebih 20 Juta Pengecas EV Disediakan, Sasar 28 Juta Lagi

Kelajuan China dalam membina infrastruktur kenderaan elektrik (EV) sukar dicabar oleh mana-mana pasaran dunia.

02-02-2026
Berita Auto

Durian Runtuh: Neta V Semurah RM39,999

Neta V kini dijual pada harga RM39,999.

02-02-2026