Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Kia Carnival Facelift Bakal Tiba Di Malaysia – Ada Versi Hibrid?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-Kia-Carnival-FL-Teaser.png


Hanya sebulan lebih selepas syarikat jualan nasional (NSC) baharu ditubuhkan, Kia Sales Malaysia (KSM) nampaknya sudah bersedia untuk ‘menggegarkan’ pasaran tempatan. Menerusi satu perkongsian teaser terbaru di media sosial, Kia memberikan bayangan bahawa Kia Carnival Facelift bakal dilancarkan tidak lama lagi. Teaser tersebut didedahkan dengan kapsyen berbunyi, “Created for the moments that matter the most. Because spaces that move with you, will inspire you. Stay tuned.”


Apakah Perubahan Rekaan Yang Diberikan Pada Kia Carnival Facelift?


Kia-Carnival-Facelift-HEV-Thailand-1.jpg

Kia-Carnival-Facelift-HEV-Thailand-11.jpgKia-Carnival-Facelift-HEV-Thailand-14.jpg


Model kemas kini generasi keempat ini tampil dengan wajah jauh lebih garang dan futuristik, diinspirasikan daripada bahasa reka bentuk "Opposites United" seperti model flagship EV9:

  • Lampu LED L: Lampu hadapan jenis menegak berbentuk L dengan lampu nyalaan siang (DRL) Star Map yang ikonik.
  • Gril Lebih Gah: Rekaan gril hadapan yang lebih besar memberikan imej lebih premium.
  • Bahagian Belakang: Lampu belakang LED yang berbentuk L direka halus. Selain itu, plat pendaftaran diletakkan pada kedudukan yang lebih rendah untuk nampak lebih kemas.
  • Rim Baharu: Pilihan rim aloi rekaan terkini bersaiz 18 hingga 19 inci.

Apakah Sistem Trenkuasa Yang Ditawarkan?


Kejutan paling besar bagi model facelift ini adalah penambahan varian yang menggunakan sistem trenkuasa hibrid (HEV) selain versi sedia ada, diesel. 

  • Enjin 1.6L Turbo: Menggunakan enjin petrol 1.6 liter 4 silinder turbo bersama motor elektrik tunggal.
  • Prestasi: Menghasilkan kuasa gabungan 242 hp dan tork 367 Nm.
  • Transmisi: Kuasa disalurkan ke roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi automatik 6 kelajuan.

Versi diesel masih ditawarkan dengan enjin 2.2D SmartStream turbodiesel yang menghamburkan kuasa sebanyak 191 hp dan tork yang lebih tinggi, 441 Nm. 


Apakah Pilihan Konfigurasi Tempat Duduk Yang Ditawarkan?


Kia-Carnival-Facelift-HEV-Thailand-7.jpgKia-Carnival-Facelift-HEV-Thailand-19.jpg


Sama seperti model sebelum ini, Kia Carnival terkenal dengan fleksibiliti ruang kabinnya. Bergantung kepada pasaran, ia dijangka hadir dalam versi kabin yang berikut:

  • 7 Tempat Duduk (2-2-3): Versi mewah dengan kerusi kapten.
  • 8 Tempat Duduk (2-3-3): Versi praktikal untuk keluarga besar.
  • 11 Tempat Duduk (2-3-3-3): Untuk kapasiti penumpang maksimum. 


Berapakah Anggaran Harga Kia Carnival Facelift 2026?


Kia-Carnival-Facelift-HEV-Thailand-3.jpg


Walaupun harga rasmi belum diumumkan, kita boleh membuat anggaran berdasarkan harga jualannya di pasaran jiran. Menariknya, unit di Thailand dilaporkan diimport sepenuhnya (CBU) dari Malaysia. Di Thailand, model facelift ini hanya ditawarkan dalam versi hibrid sahaja dengan harga bermula dari THB 2.499 juta (sekitar RM322,780).


Sementara itu, di Indonesia, Kia Carnival Facelift ditawarkan dalam versi diesel dari IDR 998 juta (sekitar RM241k) dan hibrid dari IDR 1.388 bilion (sekitar RM335k).


Di Malaysia, versi pra-facelift yang dipasang secara tempatan (CKD) dijual pada harga RM193,000 hingga RM218,000. Dengan kecanggihan dan rekaan yang lebih menarik, versi facelift dijangka akan dijual pada harga lebih tinggi daripada model sedia ada. 


Kia-Carnival-Facelift-HEV-Thailand-12.jpg

Tag:

Kia Sales Malaysia (KSM)
Kia Carnival
Kia Carnival Facelift
Kia Carnival Facelift Generasi Keempat
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kia Dibangkitkan Semula Dengan Carnival, Sportage, EV9 Tapi Sorento Digugurkan

Jenama Kia Sales Malaysia (KSM) yang akan beroperasi pada 1 Januari depan mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai pelbagai rancanga.

12-12-2025
Kereta Baru

Kia Carnival Facelift 2026 Dilancarkan, Versi CKD, Ada 2 Varian, Harga Bermula - RM188,888

Kia Sales Malaysia (KSM) telah melancarkan Kia Carnival’ versi facelift 2026, petang tadi.

15-01-2026
Berita Auto

Kia Dibangkitkan Semula Dengan Carnival, Sportage, EV9 Tapi Sorento Digugurkan

Jenama Kia Sales Malaysia (KSM) yang akan beroperasi pada 1 Januari depan mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai pelbagai rancanga.

12-12-2025
Global

Kia Carnival Facelift Dilancar Di Thailand, Rupanya Unit CBU Dari Malaysia!

Kia Carnival generasi keempat versi facelift sudah pun dilancarkan di Thailand, baru-baru ini.

07-10-2025
Global

Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV

Kia Carnival Hi-Limousine yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan Lexus LM.

17-09-2025
Berita Auto

Alza Terbakar Di Kesas, Mujur Semua Selamat

Sebuah Alza dirempuh laju dari belakang oleh kenderaan lain sebelum terbakar di Kilometer 23.6 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), pagi tadi.

15-08-2025
Berita Auto

Kempen “Fuel-on-Us”: Beli Kia Carnival, Dapat Subsidi RM1.05/Liter Selama 5 Tahun!

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama Kia di Malaysia, melancarkan kempen “Fuel-on-Us” untuk model Kia Carnival.

15-10-2024
Global

GIIAS 2024: Kia Carnival Facelift Dilancarkan di Indonesia – Ada Versi Hibrid, Cecah 242 HP!

Kia Carnival generasi keempat versi facelift dilancarkan di Indonesia. Ini spesifikasinya...

18-07-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026