Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV, Beli Demi Keselesaan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik pertama MPV, GWM WEY G9 Hi4 PHEV  dan diumumkan sebagai duta jenama Wey di Malaysia.

Siti Nurhaliza mengakui beliau memilih  GWM Wey G9 Hi4 PHEV disebabkan keperluan peribadi dan keluarga, terutama dari aspek keselesaan, ruang luas, dan ketenangan sepanjang pemanduan.

"Saya pilih Wey G9 kerana cirinya yang sangat sesuai untuk keluarga. Ia bukan saja selesa, tapi memberikan suasana pemanduan yang tenang dan meyakinkan, terutama untuk perjalanan harian dan jarak jauh bersama insan tersayang,” katanya.

Sebagai MPV hibrid plug-in (PHEV) mewah, GWM Wey G9 Hi4 PHEV direka berasaskan konsep ‘First Class for All’, menampilkan kabin tiga baris yang luas, tahap kesenyapan tinggi, dan teknologi keselamatan serta bantuan pemandu menyeluruh, selari gaya hidup keluarga moden.

image.png

WEY G9 dikuasakan oleh sistem pintar hibrid Hi4 GWM yang menggabungkan enjin 1.5L turbo dengan motor dwi-elektrik. Kombinasi ini menghasilkan output tork mencecah 442 PS dan 642 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j sepantas 5.7 saat.

Dari segi kecekapan tenaga, MPV ini menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 170 kilometer, manakala jarak pemanduan keseluruhan (hibrid) mampu mencecah lebih 1,000 kilometer.

MPV premium tenaga baharu (PHEV) ini dijual pada harga RM269,800 namun harga itu tidak termasuk insurans.

WEY G9 boleh didapati dalam tiga pilihan warna luaran iaitu Aurora White, Wisdom Grey, dan Nebula Black di semua pengedar sah GWM seluruh negara.


Gallery

Tag:

Siti Nurhaliza
GWM MALAYSIA
GWM Wey G9
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

Koleksi TokTi: Selepas Zeekr 7X & GWM G9, Adakah Xpeng X9 Pilihan Seterusnya?

Satu persoalan mula bermain di bibir netizen: Adakah MPV futuristik Xpeng X9 bakal melengkapkan koleksi mewah TokTi.

10-03-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000

Penyanyi nombor satu di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik Zeekr 7X yang ke-2,000 baru-baru ini.

22-12-2025
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Pandu Uji

BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.

31-03-2026
Berita Auto

GWM Haval H6 HEV

Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.

13-03-2026
Berita Auto

"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!

GWM Malaysia secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

07-03-2026
Berita Auto

Dalam Seminggu, 800 Unit Wey G9 Hi4 Sudah Ditempah

Tempahan WEY G9 Hi4 PHEV yang baharu sahaja dilancarkan telah mencecah lebih 800 buah dalam tempoh seminggu.

11-02-2026
Kereta Baru

GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV di pasaran sebentar tadi.

29-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026