Link Copiedcheck_circle
Global

Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain Honda, Nissan dan Suzuki, Subaru juga mendedahkan barisan model sportynya sempena pameran Tokyo Auto Salon (TAS) 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.

Namun apa yang bakal menarik perhatian ialah  model WRX misteri yang dipaparkan dalam sebuah video teaser ringkas.

Berbalik model yang akan ditayangkan nanti ialah WRX berwarna kuning terang serta Levorg STI Sport R-Black Limited II STI Performance Edition yang akan menerajui barisan model Subaru tahun ini. 

Antara ciri yang menarik buat kedua-dua edisi khas WRX dan Levorg ini ialah warna baharu Sunrise Yellow yang didatangkan sebagai standard, dipadankan pula dengan rim aluminium hitam matte bersaiz 18 inci serta pelbagai perincian luaran kemasan  hitam.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, STI Sport R-Black Limited II STI Performance Edition ini dilengkapi tempat duduk sporty Recaro dengan upholsteri berlubang berwarna kuning, jahitan hitam, serta sisipan seakan suede. 

Bagaimanapun, tiada perubahan mekanikal yang disahkan setakat ini, namun Subaru memaklumkan bahawa kedua-duanya akan dilengkapi dengan pilihan aksesori  serta komponen STI Performance.

image.png

Turut didedahkan ialah Impreza ST-H STI Performance Edition dengan Plus Package, yang pada asasnya merupakan versi dipertingkatkan bagi Impreza hatchback generasi keenam. 

Berasaskan varian ST-H, model khas ini dipertingkatkan dengan beberapa komponen STI Performance bagi memberikan penampilan yang lebih agresif selain meningkatkan prestasi pengendalian.

Walaupun gambar akhbar rasmi mempamerkan Impreza khas ini dalam warna biru klasik Subaru, model sebenar yang akan dipamerkan di TAS 2026 nanti akan tampil dalam warna hitam istimewa, dengan kemasan dan aksen merah yang kontras di bahagian dalaman.

Barisan ini diteruskan dengan beberapa model kereta lumba, dengan yang paling menonjol ialah model baharu Subaru untuk siri Super Taikyu 2026 akan datang, dimana difahamkan ia akan menggunakan bahan api neutral karbon.

image.pngimage.png

Jentera misteri ini akan ditemani dengan  dua kereta lumba iaitu BRZ GT300 yang dikemas kini untuk bertanding dalam Kejuaraan Super GT, serta kereta rali WRX VBH yang dinaik taraf dan ditala khusus untuk kelas JN-1 dalam Kejuaraan Rali Jepun.

Selain itu, nampaknya sebuah model misteri yang ditunjukkan melalui dua video teaser ringkas adalah mungkin kereta sedan prestasi WRX STI S4 semasa, dimana ia berkemungkinan dilengkapi kotak gear manual.

Sementara itu, video pertama memaparkan sebuah WRX STI S4 berwarna biru yang dipandu dengan bunyi khas transmisi manual, manakala video kedua menunjukkan sebahagian dalaman kereta tersebut, di mana paddle shifter CVT sudah tidak kelihatan.

image.pngimage.png

Buat masa ini, WRX STI S4 dijual di pasaran Jepun dengan transmisi automatik CVT sebagai standard, manakala pilihan manual hanya ditawarkan di pasaran seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Namun begitu, tidak lama lagi kita akan dapat melihat model misteri ini secara langsung, apabila ia membuat penampilan sulung pada 9 Januari 2026 nanti.


Gallery

Tag:

Subaru
Subaru WSX STI S4
WSX STI S4
TAS 2026
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Subaru Forester 2026 Kini Rasmi Di Malaysia – 1 Varian, CBU Jepun, Dari RM221,500

Subaru Forester 2026 kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Harganya? Lebih tinggi berbanding generasi terdahului, kerana model kali ini diimport sepenuhnya (CBU) dari negara Jepun.

30-10-2025
Kereta Baru

Harga Subaru Forester 2026 Didedahkan – Lebih Mahal, Bukan Lagi CKD?

Pengimport dan pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia Sdn Bhd (Motor Image) telah mendedahkan harga rasmi bagi Subaru Forester 2026 melalui laman web rasmi mereka.

22-10-2025
Global

Subaru Rex Hibrid Baharu Gunakan Sistem Sama Seperti Perodua Ativa, Kini di Jepun

Subaru baru-baru ini memperkenalkan varian hibrid terbaru untuk model kompak crossover, Subaru Rex, di pasaran Jepun.

17-06-2025
Berita Auto

Kempen Raya 2025 Subaru Malaysia – Penjimatan Cecah RM38K

Pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd, mengumumkan kempen khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

04-03-2025
Global

Subaru Crosstrek Hybrid Didedah! Harap Ada Sambutan

Subaru mendedahkan Subaru Crosstrek Hybrid ke Amerika Utara pada minggu lepas

20-01-2025
Global

Subaru WRX STI S210 Hanya Ada 500 Unit, Siri S Pertama Guna CVT

Subaru membawa masuk model berprestasi tinggi yang diasaskan daripada WRX S4 STI Sport R EX, Subaru WRX STI S210.

13-01-2025
Global

Subaru BRZ Purple Edition, Hanya 500 Dijual Di Amerika Utara

Apa yang cukup menarik ialah, edisi terhad ini hanya hadir dengan kotak gear manual enam kelajuan.

24-10-2024
Global

Subaru Crosstrek S:HEV: Ada Kuasa Hibrid Kuat

Subaru Crosstrek generasi ketiga (sebelum ini dikenali sebagai XV) kini ditawarkan varian S:HEV.

22-10-2024

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026