Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Dalam Bulan Jan 2026 Sahaja, Proton Jual 19,833 Kereta, Paling Ramai Beli Proton Saga

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton melakar sejarah apabila berjaya menjual sebanyak 19,833 unit kereta pada Januari sahaja sekali gus dikatakan antara, jualan bulanan tertinggi yang pernah dicatatkan PROTON dalam tempoh 15 tahun

Prestasi kukuh jualan Januari itu sebenarnya disumbangkan oleh jualan   Proton Saga 2026 yang mencatat rekod jualan bulanan tertinggi dimana sebanyak  10,285 unit terjual pada bulan lepas.

Lebih menarik, lebih 19,000 unit Proton Saga telah diserahkan kepada pelanggan sejak pelancaran rasmi pada 27 November 2025, bersamaan satu unit dihantar setiap lima minit.

image.png

Dengan momentum tempahan yang terus kukuh dan hampir 100,000 tempahan diterima setakat ini, model ini dijangka kekal sebagai penyumbang utama jualan PROTON dalam masa terdekat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON,  Datuk Abdul Rashid Musa menyifatkan prestasi jualan Proton Saga 2026 membuktikan daya tarikannya yang meluas dalam kalangan pembeli kereta di Malaysia.

"Tidak ramai pengeluar automotif mempunyai model yang kekal dalam pengeluaran selama lebih 40 tahun, dan lebih sedikit yang mampu mencatat rekod jualan baharu selepas empat dekad.

image.png

"Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan PROTON dan seluruh rakyat Malaysia. Dengan pelancaran di Brunei pada Februari, pengembangan secara berperingkat ke pasaran antarabangsa lain serta permintaan domestik yang kukuh, lebih banyak pencapaian bakal direkodkan oleh Saga tahun ini,” katanya.

Selain tumpuan kepada sedan segmen-A, barisan SUV siri X dan sedan siri S PROTON turut memulakan kempen 2026 dengan pertumbuhan jualan tahun ke tahun yang memberangsangkan. Proton X50 mencatat jualan sebanyak 2,429 unit pada Januari, peningkatan 69.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, manakala Proton X70, model terbaharu PROTON, merekodkan 672 unit, meningkat 16.5 peratus berbanding 2025.

Sementara itu, Proton S70 terus mendapat sambutan positif dan mencatat bulan terbaiknya sejak Mei 2025. Sebanyak 1,604 unit terjual pada Januari, peningkatan sebanyak 40.3 peratus, sekali gus mencerminkan tarikan model ini dalam kalangan peminat sedan berprestasi sporty. Proton X90 sebagai model perdana turut mencatat peningkatan jualan dengan 252 unit terjual, mewakili pertumbuhan 24.1 peratus.

Gallery

Tag:

Proton Saga
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

05-01-2026
Berita Auto
Berita Auto

18-11-2025
Kereta Baru

11-11-2025
Berita Auto

28-10-2025
Berita Auto

03-10-2025
Berita Auto

28-09-2025
Berita Auto

11-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026