- Berita
- Berita Auto
- Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM
Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Kenderaan berat yang terlebih muatan sering 'terselamat' kerana menerima maklumat awal operasi JPJ (Gambar hiasan)
Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius. Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan sokongan padu terhadap tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan dan menyiasat pegawai yang disyaki menerima rasuah untuk memberikan perlindungan terhadap kenderaan berat.
Menterinya, Anthony Loke, menegaskan bahawa integriti dan kredibiliti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak boleh dikompromi.
Mengapa Operasi Bersepadu Ini Dijalankan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. (Foto: BERNAMA)
Anthony Loke mendedahkan beliau sudah lama menghidu taktik kotor pembocoran maklumat operasi. Sebelum ini, pelbagai aduan diterima, termasuk daripada pengusaha lori sendiri, mengenai kehadiran musuh dalam selimut yang memberikan maklumat awal kepada tonto sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.
“Hasil siasatan dan pengintipan, didapati memang ada pihak dalaman yang terlibat, maka tangkapan telah dibuat…” katanya.
Bagaimana Kartel Ini Menjejaskan Operasi Lebuh Raya?
Selama ini, operasi besar-besaran terhadap lori lebih muatan sering menemui jalan buntu atau kurang berkesan. Mengapa? Kerana pemandu lori yang degil sudah menerima maklumat operasi dan diarahkan mematuhi had muatan sebelum bergerak pada hari tersebut.
Tindakan ini bukan sahaja melumpuhkan penguatkuasaan, malah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain akibat kehadiran lori-lori yang membawa muatan berlebihan tanpa kawalan.
Anthony Loke memberi amaran, "Jangan rasa dan jangan ingat bahawa kita tak tahu apa yang anda buat, termasuklah pengusaha-pengusaha lori, yang membayar tonto-tonto ini untuk mendapat maklumat, mereka juga sedang dikenal pasti.”
Juga Menarik: Geng Motor Baling Mercun, Serang Anggota JPJ Semasa Operasi
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
