Link Copiedcheck_circle
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jenama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China  yang berjaya menjual lebih  satu juta kenderaan di pasaran Eropah dan UK, lapor laman berita automotif, CarNewsChina.

MG, yang pada asalnya merupakan pengeluar automotif Britain, telah diambil alih oleh Nanjing Automotive Corporation pada tahun 2005. Pada tahun 2007 pula,  SAIC mengambil alih Nanjing Automotive Corporation.

Berdasarkan jualan pada tahun 2025, MG menjual lebih daripada 300,000 kenderaan di pasaran Eropah dan UK (dengan lebih 85,000 kenderaan dijual di UK), sekali gus mencatatkan peningkatan hampir 30% dari tahun ke tahun.

Menerusi pencapaian ini, MG  mengekalkan kedudukannya sebagai jenama automotif China paling laris di Eropah untuk tahun ke-11 secara berturut-turut.

Ia juga menduduki tempat ke-16 dalam pasaran keseluruhan Eropah dan UK, menjadikannya satu-satunya jenama China yang berjaya memasuki kelompok 20 teratas.

Malah, pada tahun 2025 jugam MG berjaya menjual 137,000 unit siri Hybrid+,  iaitu meningkat 300% berbanding tahun sebelumnya manakala sebanyak 46,000 kenderaan elektrik sepenuhnya turut dijual.

Sementara itu,  menurut Persatuan Pengeluar Automobil Eropah (ACEA), MG telah pun menjadi jenama kereta China paling laris di Eropah dengan 153,000 unit terjual, mengatasi Tesla buat pertama kalinya dari segi jualan separuh tahunan, pada separuh pertama tahun 2025.

image.png

Hakikatnya ia adalah pencapaian agak luar biasa kerana  pada tahun 2021, MG direkodkan menjual lebih daripada 50,000 kenderaan di Eropah.

Pada tahun 2022, Eropah menjadi pasaran luar negara pertama MG yang mencatatkan jualan melebihi 100,000 kenderaan, diikuti dengan 200,000 kenderaan terjual pada tahun 2023.

Sehingga kini, jualan terkumpul MG di Itali, Sepanyol dan Perancis masing-masing telah melebihi 100,000 unit. Sebagai pasaran terbesar MG, jenama tersebut telah menjual lebih daripada 370,000 unit secara terkumpul di UK, dengan jualan kenderaan elektrik sepenuhnya melebihi 100,000 unit.

Setakat Januari tahun ini, MG telah menghantar hampir 26,000 kenderaan di Eropah, mewakili peningkatan kira-kira 15% tahun ke tahun.


***NOTA; LAPORAN BERITA INI DIAMBIL DARI LAMAN BERITA AUTOMOTIF, CARNEWSCHINA.

Gallery

Tag:

MG SAIC
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026