Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Musim Perayaan, Ini Tarikh Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan larangan pemanduan atau 'road ban' ke atas kenderaan barangan dan berat , bermula pada 14 hingga 15 dan 21 ke 22 Februari.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, langkah itu bagi mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan kelancaran trafik sempena musim perayaan.

Menurutnya larangan pergerakan dikenakan ke atas jenis kenderaan yang dibahagi kepada tiga jenis, iaitu kategori 1, larangan sepanjang masa pada tarikh terbabit; kategori 2, larangan bermula jam 8 pagi ke 8 malam; dan kategori 3 dari jam 6 petang hingga 6 pagi.

"Kategori 1 membabitkan lori pembawa dan lori jongket yang berat dengan muatannya melebihi 7,500 kilogram (kg), lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar, lori balak, jentera berat beroda, kecuali trak tunda dan traktor yang digunakan bagi maksud operasi kecemasan dan menyelamat.

Antara kenderaan bawah kategori 1 termasuk lori pengangkut barangan simen, besi keluli, batu, pasir, tanah, bahan binaan yang lain, amang, bijih timah, aras batu dan bahan galian yang lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu,  kategori 2 pula merangkumi lori kontena yang mengangkut barangan kecuali jika lori terbabit daripada pelabuhan atau lapangan terbang yang menghantar barang ke kawasan perindustrian di dalam negeri.

Malah, kategori 2 termasuk lori membawa muatan kelapa, susu getah serta lori tanpa muatan.

Kategori 3 membabitkan kenderaan pembinaan antaranya kren bergerak, dan lori pembancuh simen namun diberikan pengecualian bagi kerja-kerja kecemasan.

"Mana-mana kenderaan barangan atau dengan jenis barangan yang tidak dinyatakan dalam jadual adalah dibenarkan menggunakan kenderaan dalam tempoh larangan," katanya.

Apapun, kerajaan terpaksa mengharamkan kenderaan barangan di atas jalan raya terutamanya musim perayaan untuk mengurangkan kesesakan teruk dan risiko kemalangan akibat lonjakan kenderaan persendirian.

Langkah ini memastikan kelancaran aliran trafik di lebuh raya dan jalan utama, selain meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.


Gallery

Tag:

JPJ
Road Ban
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

22-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

23-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

15-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026