Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Omoda C9 PHEV Kini Dibuka Untuk Tempahan – Capai 1,100 KM, Mewah, Tapi RM220K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-2.jpg


Selepas sekian lama menjadi bualan sejak sesi pratonton tahun lalu, Omoda | Jaecoo (O&J) Malaysia akhirnya membuka tempahan untuk SUV dengan teknologi trenkuasa efisien, hibrid plug-in (PHEV), Omoda C9 PHEV.


Jentera segmen D yang menyerlahkan aura mewah ini dijadualkan membuat kemunculan rasmi pada suku kedua (Q2) tahun ini. Bagi anda yang sudah lama mengintai SUV ini, harga jangkaan yang diletakkan adalah sekitar RM220,000. Menariknya, model ini juga akan dipasang tempatan (CKD) di kilang Shah Alam.


Apakah Tawaran Istimewa Buat Pembeli Terawal?


OmodaC9-PHEV-OpenForBooking.jpg


Sempena musim perayaan dan pelancaran awal ini, jenama yang berpangkalan di Wuhu, China ini menawarkan pakej "durian runtuh" buat para pelanggan:

  • Rebat Angpow Tahun Baru Cina: Bernilai RM3,888.
  • Hadiah Percuma: Kabel penyambung kenderaan ke beban (V2L) bernilai RM730.

Secara keseluruhannya, promosi ini menjanjikan penjimatan mencecah RM4,618 kepada para pembeli. 


Sejauh Mana Kehebatan Enjin 'Super Hybrid' Omoda C9 Ini?


Caricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-4.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-10.jpg


Omoda C9 PHEV bukan sekadar SUV keluarga yang biasa. Ia dilengkapi dengan Super Hybrid System (SHS) yang jauh lebih berkuasa berbanding model Jaecoo J7 PHEV:

  • Enjin: Enjin 1.5L 4 silinder turbo kitaran Miller.
  • Tiga Motor Elektrik: Gabungan enjin dan motor ini menghasilkan kuasa luar biasa 605 PS dan tork gergasi 915 Nm.
  • Prestasi 'Supercar': Mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.9 saat!

Berapakah Jarak Gerak Elektrik Dan Kecekapan Bahan Apinya?


Caricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-22.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-20.jpg


Bagi mereka yang mementingkan penjimatan tanpa ketandusan prestasi, spesifikasi bateri C9 PHEV ini sangat memuaskan. Berikut adalah perinciannya:

  • Bateri LFP 34.46 kWj: Menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya (EV Mode) sehingga 150 km.
  • Sistem Pengecasan: Menyokong pengecasan pantas DC (70 kW) dan pengecasan AC (6.6 kW).
  • Jarak Keseluruhan: Dengan tangki minyak 70 liter, SUV ini boleh bergerak sejauh 1,100 km dengan satu tangki penuh dan cas penuh.
  • Ekonomi: Kadar penggunaan petrol serendah 1.7 liter bagi setiap 100 km.

Adakah Omoda C9 PHEV Ini Model Pemasangan Tempatan (CKD)?


Caricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-1.jpg


Seperti yang dinyatakan di awal artikel, sama seperti strategi bagi model-model O&J yang lain, Omoda C9 PHEV akan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Chery Corporate Malaysia yang terletak di Shah Alam. Ini bukan sahaja menjamin ketersediaan alat ganti malah menunjukkan komitmen jangka panjang jenama ini dalam pasaran automotif Malaysia.


Caricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-24.jpg

Tag:

Omoda | Jaecoo Malaysia
O&J Malaysia
Omoda C9 PHEV
Omoda C9 PHEV SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.

17-12-2025
Berita Auto

OMODA | JAECOO Buat Promosi – Bukan Sekadar Diskaun, Jimat Cecah RM14,000!

Menjelang penutupan tirai tahun 2025, OMODA | JAECOO Malaysia ingin ‘memanjakan’ bakal pembeli SUV dengan pelancaran kempen 'Season of Rewards'.

16-12-2025
Teknologi

SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa

SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.

26-11-2025
Berita Auto

Jaecoo J5 & J7 PHEV Jadi 'Kanvas Seni' Di LahLahLand 2025

Omoda | Jaecoo Malaysia mencuri perhatian umum di festival gaya hidup LahLahLand 2025 dengan pameran dua SUV gah, Jaecoo J5 dan J7 PHEV.

06-11-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 AWD Kini Dengan Pemijak Kaki 'Menyala' & Kotak Simpanan Ranggi Di Sisi

Omoda | Jaecoo Malaysia di bawah naungan Chery Auto Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan promosi istimewa bagi varian Jaecoo J7 AWD.

27-10-2025
Kereta Baru

Omoda C9 PHEV Dipertontonkan Di Omoda | Jaecoo Carnival 21-24 Ogos - Anggaran RM220K

Bukan hanya Jaecoo J5, pengunjung Omoda | Jaecoo Carnival di Desa Park City turut dapat menyaksikan versi terbaru bagi Omoda C9.

21-08-2025
Kereta Baru

Jaecoo J5 Dipertontonkan Di Omoda | Jaecoo Carnival 21-24 Ogos - Anggaran RM120K

Jaecoo J5 membuat kemunculan umum di Malaysia di acara Omoda | Jaecoo Carnival yang kini sedang berlangsung di Desa Park City.

21-08-2025
Pandu Uji

Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.

31-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026