- Berita
- Kereta Baru
- PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800
PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik penuh pengeluar kereta nasional PROTON, hari ini secara rasmi melancarkan All-New Proton e.MAS 7 PHEV ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
Ia hadir dalam tiga varian iaitu Prime (RM109,800) Premium (RM123,800) dan Premium Plus (RM129,800).

Sebaliknya, 5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000, menjadikan harga atas jalan (tanpa insurans) bagi Proton e.MAS 7 PHEV varian Prime, Premium dan Premium Plus seperti berikut:


Untuk meraikan pelancaran ini, PRO-NET memperkenalkan Lima Pakej Power Packs bernilai sehingga RM7,500, direka untuk meningkatkan pengalaman pemilikan dengan nilai tambahan dan kemudahan:
- Power Home
Pengecas Rumah 7kW percuma bernilai RM 1,500
- Power Online
•Data Internet 2GB bulanan percuma selama 5 tahun bernilai RM 1,000
- Power Trade-In
Rebat tukar-beli bernilai RM 1,000 melalui CARSOME*
- Power Exchange
• Layak menerima apabila kenderaan tidak lagi sesuai digunakan di Jalan raya, bernilai RM 4,000**
- Power Protection
•Pakej Insurans e.MAS Care eksklusif bernilai RM 1,000***
Pemilik Proton e.MAS 7 PHEV juga akan menerima waranti kenderaan 6 tahun tanpa had perbatuan, serta waranti bateri berkuasa tinggi dan komponen selama 8 tahun atau 160,000 km, sekali gus menegaskan komitmen Proton e.MAS terhadap kebolehpercayaan jangka panjang dan keyakinan pelanggan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/