Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Raba Penumpang, Lesen Pemandu Grab Dibatalkan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) pemandu Grab yang melakukan gangguan seksual ke atas penumpang di Johor Bahru, baru-baru ini.

Menterinya, Anthony Loke berkata, pihaknya memandang serius insiden gangguan seksual yang dilakukan oleh pemandu Grab tersebut.

"Tindakan pembatalan PSV bermaksud pemandu tersebut tidak boleh berkhidmat sebagai pemandu di semua platform e-hailing. 

"MOT, melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), juga akan memanggil semua pengendali e-hailing termasuk Grab untuk membentangkan pelan tindakan penambahbaikan untuk keselamatan penumpang," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya tidak akan bertoleransi dengan sebarang tingkah laku yang mengganggu gugat keselamatan penumpang dan bersedia untuk menyokong pihak mangsa dalam memastikan tindakan polis diambil terhadap pihak pelaku.

Semalam, tular sebuah video yang memaparkan pemandu e-hailing melakukan gangguan seksual kepada seorang penumpang wanita.

Video yang dirakam sendiri penumpang terbabit menunjukkan, pemandu berkenaan menghulurkan tangannya ke belakang untuk menyentuh wanita tersebut, namun ditepis.

Pemandu itu juga bertanya umur wanita berkenaan dan berapa ‘harganya’ dalam bahasa Mandarin


Gallery

Tag:

Ministry of Transport (MOT)
JPJ
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bukan Sekadar Lesen Percuma, Ini Misi Menyelamatkan Nyawa Anak Muda di Jalan Raya

Anak Muda Yong Peng Tersenyum Lebar! Terima Manfaat Lesen Percuma MyLesen B2.

16-06-2026
Berita Auto

Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat

Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.

09-04-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Perhatian Pemandu Malaysia, Bermula 1 Feb, Tiada Lagi Slip Cukai Jalan Bercetak

Mulai 1 Februari 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan tidak akan lagi mengeluarkan slip road tax bercetak bagi kenderaan persendirian milik warganegara Malaysia.

27-01-2026
Berita Auto

Institut Memandu Tidak Bergantung Dengan Kereta Manual Proton, Perodua

Kementerian Pengangkutan menyifatkan pelaksanaan latihan dan ujian memandu di insitusi memandu tidak terikat kepada penggunaan kereta manual keluaran tempatan sahaja.

22-12-2025
Berita Auto

Perhatian! Kamera Awas Akan Dipasang Di 10 Lokasi, Tujuan Bukan Untuk Perangkap Pemandu Tetapi Demi Keselamatan

Kementerian Pengangkutan akan menambah 10 lagi lokasi pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) pada tahun hadapan.

15-12-2025
Berita Auto

Menteri Jelaskan Laporan Media Mengenai Tak Bayar Saman, Tak Layak Dapat Subsidi BUDI95

Kementerian Pengangkutan (MOT) menegaskan saman tertunggak sebenarnya tidak akan menjejaskan orang ramai daripada menikmati kelayakan subsidi BUDI95.

09-12-2025
Berita Auto

MOT Adakan Mesyuarat Bincang 3 Insiden: Limpahan Air Di KLIA 1, Letupan Kontena, Tren Terlajak

Mesyuarat Pasca-Kabinet Kementerian Pengangkutan (MOT) telah membincangkan secara terperinci tiga insiden yang berlaku baru baru ini.

20-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026