- Berita
- Global
- Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing
Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

Dengan harga bermula dari Rs. 9.69 lakh (RM42,000). Sebaliknya, Punch EV boleh didapati pada harga sekitar ₹6.49 lakh jika pembeli memilih skim Battery as a Service di mana bateri dipajak secara berasingan.

Begitupun, ini merupakan kemas kini terbesar yang dilakukan ke atas SUV elektrik terkecil Tata sejak ia diperkenalkan pada 18 Oktober 2021.
Punch EV terbaharu ini ditawarkan dalam lima varian iaitu Smart, Smart+, Adventure, Empowered dan Empowered+.
Punch EV facelift baharu ditawarkan dengan dua pilihan bateri, iaitu 30kWh dan 40kWh, kedua-duanya dipadankan dengan motor elektrik yang dipasang pada gandar hadapan.


Versi bateri lebih kecil menghasilkan kuasa setakat 87hp dan 154Nm, manakala model dengan bateri lebih besar menawarkan kuasa 127hp dan 154Nm.
Difahamkan, jarak pemanduan dunia sebenar boleh mencecah sehingga 355 km, kira kira 75 km lebih jauh berbanding versi terdahulu.


Dari segi pecutan, varian biasa mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 13.5 saat manakala varian tinggi 9 saat.
Biarpun, harganya ditawarkan pada harga mampu milik namun Tata Motors menawarkan pelabagai ciri moden pada EV terbaharunya itu,


Tata Punch EV (2026) mendapat bampar yang lebih kemas, rim aloi 16 inci baharu serta bar LED melintang penuh bahagian belakang.
Varian lebih tinggi datang dengan dua skrin 10.25 inci, pengecas tanpa wayar, tempat duduk berpengudaraan, sunroof kawalan suara, dan kamera 360 darjah. Enam beg udara adalah standard untuk semua varian, cuma model asas tiada skrin infotainmen.
Tempahan kini telah dibuka manakala penghantaran dijangka bermula hujung bulan ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/