- Berita
- Berita Auto
- Subsidi Petrol 300 Liter Bakal Dipotong Kepada 200 liter Mulai April Ini - Laporan The Edge
Subsidi Petrol 300 Liter Bakal Dipotong Kepada 200 liter Mulai April Ini - Laporan The Edge

Kerajaan dilapor merancang untuk mengurangkan kelayakan bulanan standard bagi petrol RON95 bersubsidi di bawah program Budi95, selepas harga bahan api tanpa subsidi melonjak lagi susulan perang di Iran yang berterusan.
Memetik kenyataan laporan The Edge yang memetik sumber yang tidak dinamakan berkata, bahawa kuota 300 liter sekarang akan dikurangkan kepada 200 liter sebulan, dengan pengumuman kemungkinan dibuat seawal minggu ini.
Kuota baharu bagi bahan api bersubsidi itu, yang berharga RM1.99 seliter, dijangka berkuat kuasa bermula April.
Katanya, sebaik sahaja had 200 liter itu digunakan, pengguna akan tertakluk kepada harga apungan yang ditentukan pasaran.
Kementerian Kewangan semalam mengumumkan bahawa harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi meningkat sebanyak 60 sen seliter bermula hari ini (26 Mac hingga 1 April), manakala diesel di Semenanjung Malaysia melonjak lagi 80 sen kepada RM5.52 seliter.
SUMBER THE EDGE.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/