Link Copiedcheck_circle
EV

Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jika anda perasan makin banyak kelibat SUV senyap dan futuristik di jalan raya kebelakangan ini namun Proton e.MAS 5 menjadi pilihan rakyat Malaysia.


 Bukan sekadar gimik, SUV elektrik pertama negara ini secara rasminya telah dinobatkan sebagai EV Terlaris di Malaysia selama dua bulan berturut-turut!

Angka Yang Berbicara: 5,000 Unit Dalam Radar!

Hanya dalam masa dua bulan pertama tahun 2026, Proton e.MAS 5 telah mencatatkan angka pendaftaran yang luar biasa—melebihi 5,000 unit.

  • Januari: 3,068 unit (Permulaan yang cukup agresif!)

  • Februari: 1,562 unit (Momentum yang terus stabil!)

Ini bukan sekadar kejayaan buat PRO-NET, tetapi bukti bahawa rakyat Malaysia kini sudah yakin dan "jatuh cinta" dengan mobiliti elektrik nasional.

Demam Proton e.MAS 5 nampaknya semakin membara! Selepas mencatatkan prestasi jualan yang luar biasa, PRO-NET (anak syarikat milik penuh PROTON) hari ini mengumumkan "hadiah raya" istimewa sebagai tanda penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia.

Sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, PRO-NET secara rasmi melanjutkan Rebat Raya RM500 bagi semua tempahan Proton e.MAS 5. Ini adalah peluang keemasan untuk anda pulang ke kampung dengan kenderaan elektrik (EV) paling laris di pasaran sekarang!

image.pngimage.png

Siapa Yang Layak Dapat Duit Raya RM500 Ini?


Jangan risau, PRO-NET memastikan rebat ini merangkumi penyokong awal dan juga pembeli baharu:

Tempahan Baharu: Anda hanya perlu tempah Proton e.MAS 5 anda sebelum 23 Mac 2026 dan lengkapkan pendaftaran kenderaan sebelum 30 September 2026.

Penyokong Awal: Anda yang sudah menempah dan mendaftarkan kereta pada tarikh pelancaran (31 Oktober 2025) sehingga 23 Mac 2026 juga LAYAK menerima rebat RM500 ini!


Selain rebat tunai, pembeli e.MAS 5 masih menikmati tawaran hebat yang sukar ditolak:


  • Harga Pelancaran Khas yang masih dilanjutkan.
  • Jaminan Kenderaan: 6 tahun tanpa had perbatuan.
  • Jaminan Bateri: 8 tahun atau 160,000 km (termasuk komponen bervoltan tinggi).






Gallery

Tag:

PRO NET
Proton e.Mas 5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Hantar 5,000 Unit Dalam 60 Hari! Proton e.MAS 5 Kini Tapau Pasaran EV Sebab Paling Murah Di Malaysia

Proton e.MAS kekal sebagai jenama EV No.1 di Malaysia memandangkan Proton e.MAS 5 mencatatkan rekod lebih 5,000 penghantaran dalam tempoh hanya dua bulan selepas pelancarannya.

04-03-2026
Gaya Hidup

Rumah Terbuka: Pemilik Proton e.MAS 7 Timba Ilmu Ekosistem EV

Pelanggan turut didedahkan dengan tip penjagaan bateri .

16-04-2025
EV

PRO-NET, ChargeSini Meterai MoU Untuk Perluas Rangkaian Pengecasan EV

Proton New Energy Technology (PRO-NET) telah memperluas rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan memasuki MoU perayauan bersama ChargeSini.

31-05-2024
EV

Pendaftaran Minat smart #3 Kini Dibuka di Malaysia – Lebih Besar & Bergaya

smart Malaysia (PRO-NET) kini telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk kenderaan elektrik (EV) terbarunya, smart #3.

08-05-2024
EV

Demi Pelanggan, PRO-Net Tambah Pengecas

RO-NET meluaskan rangkaian pengecasan bagi memenuhi permintaan pemilik yang menggunakan NEV.

07-05-2024
Berita Auto

Kalau Dah Minat smart#1, Jom Pandu Uji!

smart Balakong (Hap Seng) and smart Ipoh (GB Auto) memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai sesi pandu smart #1.

27-09-2023
EV

EON Berhad Dilantik Pengedar Rasmi EV smart Di Malaysia, 5 Pengedar Lagi Bakal Diumumkan Nanti

Edaran Otomobil Nasional Berhad dilantik sebagai pengedar rasmi bagi jenama smart Malaysia.

25-05-2023
EV

Hap Seng Smart Dilantik Pengedar Rasmi Pertama EV Smart di Malaysia

Hap Seng Smart Sdn Bhd telah sebagai pengedar rasmi pertama kenderaan elektrik (EV) smart.

10-05-2023

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026