Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ativa & WR-V Dalam Bahaya? Proton Saga Cross (AMA02) Bakal Tiba

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gambar: Funtasticko.Net.

Selepas sekian lama menyepi, ejen perisik terkenal industri, Mat Bond, kembali menggegarkan dunia automotif tempatan dengan info 'panas'.

Kali ini, tumpuan terarah sepenuhnya kepada SUV segmen-A yang paling dinantikan: Proton Saga Cross (kod nama AMA02).

Berdasarkan laporan berita automotif, Funtasticko.net, ia bukan  sekadar SUV bajet, Saga Cross dikhabarkan bakal membawa kejutan besar dengan penawaran teknologi hibrid!

4 Varian Ditawarkan: Flagship Hadir Dengan Teknologi PHEV?

Menurut berita automotif, Funtasticko.net, Proton Saga Cross (AMA02) dijangka ditawarkan dalam empat pilihan varian untuk memenuhi selera pasaran Malaysia yang pelbagai. Apa yang paling menarik perhatian adalah kehadiran varian Flagship yang dilengkapi sistem Plug-in Hybrid (PHEV).

Berikut adalah jangkaan susunan varian Saga Cross:

  1. 1.5 Standard (NA)

  2. 1.5 Executive (NA)

  3. 1.5 Premium (NA)

  4. 1.5 Flagship (PHEV + DHT)

Enjin 1.5L i-GT: Kecil Tapi Berbisa

Saga Cross yang dibina atas pelantar Advanced Modular Architecture (AMA) ini bakal menjadi pencabar sengit kepada Perodua Ativa, Honda WR-V, dan pendatang baharu Chery Tiggo Cross.

  • Varian NA: Menggunakan enjin empat silinder i-GT 1.5 liter (BHE15) yang menghasilkan 120 PS dan 150 Nm tork. Setakat ini, ia dijangka dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan automatik daripada Aisin.

  • Varian PHEV: Menggunakan enjin yang sama tetapi digandingkan dengan sistem hibrid DHT120 (seperti Proton e.MAS 7 PHEV). Gabungan ini mampu menghasilkan output keseluruhan mencecah 163 PS (120 kW)!

Gallery

Tag:

Proton Saga Cross
Perodua Ativa
Honda WR-V Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025
Berita Auto

Wanita Maut Kemalangan Tiga Kereta Di Lebuhraya Karak

Seorang wanita maut manakala empat lelaki cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Karak, awal pagi tadi.

23-09-2025
Global

Subaru Rex Hibrid Baharu Gunakan Sistem Sama Seperti Perodua Ativa, Kini di Jepun

Subaru baru-baru ini memperkenalkan varian hibrid terbaru untuk model kompak crossover, Subaru Rex, di pasaran Jepun.

17-06-2025
Berita Auto

Perodua Ativa & Aruz Kini Dengan Rebat Cecah RM4K, Masa Terhad

Sempena akhir tahun, Perodua menawarkan promosi rebat istimewa mencecah RM4,000 bagi dua model terlarisnya, Ativa dan Aruz hingga 31 Disember akan datang.

21-11-2024
Berita Auto

Wanita Maut, Lori Rempuh 5 Kereta Di Lampu Isyarat

Seorang wanita maut akibat tersepit di tempat duduk pemandu selepas kereta dinaiki dan lima buah kenderaan lain dirempuh lori muatan tanah.

28-09-2024
Berita Auto

Daihatsu Rocky Crossfield Tampil Ranggi, Inspirasi Ativa Versi Off-Road?

Apa yang menarik dengan Daihatsu Rocky Crossfield? Jom baca kupasannya...

26-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Bakal Muncul Dengan Varian Baharu

Proton e.MAS Bakal Buat Kejutan, Pratonton Varian Baharu e.MAS 7 Di KLIMS 2026.

09-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Seteru 'Rolls-Royce' Dari China Sah Tiba Di Malaysia, Zeekr 9X Bakal Gegarkan KLIMS 2026

Seteru Rolls-Royce versi 'Mampu Milik'? Zeekr 9X bakal didedahkan di KLIMS 2026.

09-06-2026