Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Suhana Veru

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2026-04-15-at-14.45.07.jpeg

Chery Malaysia sekali lagi menetapkan penanda aras baharu dalam industri automotif negara apabila berjaya melaksanakan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat di MAEPS, Serdang, pagi tadi.

Ujian demonstrasi secara langsung ini bukan sahaja membuktikan ketelusan jenama ini, malah mengukuhkan keyakinan pengguna terhadap teknologi kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) Chery, khususnya model Chery TIGGO 7 PHEV dan Chery TIGGO 8 PHEV.

Ujian Kebakaran Ekstrem: Bateri Chery Tetap Stabil

Percaya atau tidak bateri hibrid yang dibakar itu  menunjukkan:

  • Bateri Kekal Stabil: Tiada peningkatan kebakaran

  • Tiada kegagalan elektrik: Sistem tetap berfungsi dengan baik.

  • Tiada deformasi: Struktur bateri kekal utuh walaupun di bawah tekanan haba yang melampau.

Menurut Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Men Lin Bo,  keselamatan merupakan teras kepada proses pembangunan kami.

"Selain mematuhi keperluan peraturan, kami menjalankan ujian pengesahan yang ketat dan bersifat ekstrem, dan kami mendemonstrasikan ujian ini secara terbuka bagi membantu orang ramai memahami teknologi, piawaian yang diguna pakai, serta sebab kami yakin terhadap tahap keselamatan produk kami,” katanya.

Standard Global: Lebih Daripada Sekadar Ujian Makmal

Cabaran di Malaysia ini adalah sebahagian daripada siri ujian keselamatan global Chery yang telah diiktiraf di seluruh dunia. Antara ujian ekstrem yang pernah dilalui pek bateri Chery merentasi pelbagai benua termasuk:

  • Indonesia: Rendaman air laut selama 53 jam untuk menguji ketahanan kakisan.

  • Ecuador: Ujian tembakan peluru pada pelbagai sudut untuk menguji integriti struktur.

  • Qatar & Kuwait: Ujian suhu melampau dalam air laut panas dan pasir gurun.

  • Mexico: Ujian geseran bawah kenderaan (battery scraping) bagi menilai risiko kerosakan jalan raya.

Komitmen Keselamatan: Penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Kecemerlangan Chery bukan sekadar teori. Chery TIGGO 7 PHEV telah melakar sejarah dengan meraih penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan skor tertinggi sepanjang masa iaitu 94.68.

Bagi memberikan ketenangan minda sepenuhnya kepada pemilik, Chery Malaysia menawarkan jaminan bateri lanjutan sehingga 10 tahun atau 200,000 kilometer. Jaminan menyeluruh ini merangkumi pek bateri, motor pemacu, dan unit kawalan kenderaan.


Tag:

Chery Malaysia
Chery Tiggo 8 CSH
Tiggo 8 Pro
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

04-06-2026
Teknologi

10-04-2026
Berita Auto

11-03-2026
Berita Auto

13-02-2026
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

09-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026